Friday 5 August 2016

Talam Suji

Salam utk semua....

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ulun nih. Sejak resepi banjar ulun naik ke MukaBuku, ramai la datang menjenguk blog ulun nih. InsyaaAllah dari masa ke semasa, ulun akan upload gambar dan resepi untuk memeriahkan lagi blog ulun nih.

Dalam entry kali ni, ulun nak share resepi Talam Suji daripada Chef Asma. Pertama kali buat FAIL! Lapisan bawah lembik sangat. Cubaan memasak memang macam ni lah. Kalau tak jadi, tak payah upload, malu satu kampung Banjar!! Ni dah jadi, boleh la show off....hehe...riyak yer....

Memang banyak langkah untuk buat kuih ni, tapi bila dah rasa kesedapannya...berbaloi-baloi sedap yer...dah lupa penat memasak...hehe.

Jom kita tengok resepinyer:







Talam Suji (Chef Asma)

(Ni resepi asal, agak banyak. Ulun buat separuh adunan saja)

Lapisan bawah:
Bahan A:
180g tepung suji/semolina
450ml air

Bahan B:
220g gula castor
2 biji telur
200ml santan (boleh guna santan kotak)
250ml air
Pewarna kuning

1. Rendam bahan A selama 30 minit.
2. Satukan semua bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis. Masukkan bahan A ke dalam periuk. Buang baki air rendaman, kalau tidak kuih akan jadi lembik. Tuangkan bahan B ke dalam periuk yg ada bahan A tadi.
3. Kacau atas api sederhana dengan senduk kayu. Kacau sampai adunan keras sedikit (nampak terangkat sedikit dari periuk).
4. Ambil loyang 10x10x2 atau x3, sapukan sedikit minyak dan lapik plastik di atas loyang supaya senang mengeluarkan kuih.
5. Kukus selama 25 minit.

Lapisan Atas:
Bahan A:
300g gula merah (klu tak nak hitam, boleh kurangkan)
50g gula kastor
500ml air

Bahan B:
150g tepung gandum
3 biji telur
250ml santan (boleh guna santan kotak)
1/2 camca teh garam

1) Masak bahan-bahan A sampai gula merah larut dan sejukkan.
2) Satukan semua bahan B, kacau sampai rata.
3) Campurkan bahan A dan bahan B dan tapis.
4) Kacau atas api yang sederhana. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
5) Tutup api dan ratakan adunan dengan pemukul telur.
6) Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.



Sedap sangat kuih ni. Tak rugi mencuba.

Sampai jumpa lagi...bye...

No comments:

Post a Comment