Tuesday 7 October 2014

Aidil Adha: Kulaan, Merina'an & Kengkawanan

As Salam....

Salam Aidilfitri untuk semua pengunjung blog ulun nih. Masa buat entry ni, laptop buat hal pulak. Slow tahap siput....Ni mesti dah kena hack ngan sorang budak tuh....haish...

Masa hari raya tu ada le saudara & kawan-kawan datang beraya kat rumah. Kalau ada yg belum tahu, kulaan dan merina'an tu maknanya saudara, mak dan bapak saudara, anak saudara dan sepupu sepapat. Saudara bau bacang pun termasuk dalam kategori nih....hehe. Kengkawanan tu maknanya kawan-kawan.

Ada la masak sikit2 nak jamu tetamu yg datang. Ada menu tradisi ketupat & kuah kacang, lemang dan rendang. Kuah kacang dan rendang amik  resepi kak hanieliza...Alhamdulillah...sedap. Ketupat segera je dan lemang ready made...huh tak kuasa nak buat lemang sendiri....

 Sempat juga buat maqlubah kambing. Haru biru nak pusing maqlubah, nasib baik ada hero-hero tolong buat keje. Terima kasih untuk anak-anak saudaraku yg rajin tolong siapkan hidangan raya. Tak sempat nak snap gambar maqlubah...huhu  

   Ini la manisan yang sempat kusiapkan, agar-agar roti dan kek karamel coklat kukus. Macam buruk je rupa kek tu, tapi rasanya mabeles....(chewahh...angkat bakul....tolong angkat bakul orang yg share resepi nih...terima kasih...)


Orang sibuk masak crepe, ulun sibuk buat bunga crepe....hehe


Itulah cerita hari rayaku. Terima kasih untuk semua saudara dan kawan-kawan yang datang. Lepas ni sibuk pasal hal pindah rumah pulak. InsyaAllah saya akan berpindah ke utara. Mudah-mudahan saya ada masa yg banyak untuk update blog ni lagi. Jangan la sampai berlumut pulak....huhu

Barilaan utk semua. Sampai jumpa lagi.


Friday 3 October 2014

Salam Aidil Adha

As Salam, semua...

Tanggal 5 Oktober 2014, 10 Zulhijjah 1435H






Salam Aidil Adha saya ucapkan untuk semua pengunjung semua pengunjung blog ulun nih. Semoga selamat dlm perjalanan balik ke kampung. Kepada yang tak balik beraya, selamat sambut raya kat umah sendiri (macam saya le...huhu).....


Semoga ibadah korban diterima disisiNya dan semoga beroleh pahala dan keberkatan di bulan yg mulia ini...insyaAllah

Friday 19 September 2014

Diet protein

Salam untuk semua...

Pernah ke u all dengar org Banjar kata "urangnya lamak...". Lamak di sini bermaksud gemuk, terlebih berat badan, berisi, terlebih isi...(hehe), mungkin juga obese dan perkataan yg sewaktu dengannya. Err...'mak' dlm perkataan tu disebut macam kita sebut perkataan 'mug'... klu betul sebutannya, confirm boleh jadi org Banjar ;-)...

Saja timbulkan isu lamak ni sebab encik hubby tengah on diet. Nak kurangkan berat badan yg dah terlebih...dah masuk dalam kategori yg disebutkan di atas...hehe. Doktor rekomen diet minimakan karbo, lebihkan protein bersama sedikit sayur dan buah-buahan.... Hai...mencabar gak tu. Encik hubby ni asal dari Penang. Dah biasa sangat makan nasi, kuah kari, roti canai, dan macam2 makanan yg tinggi dengan karbo dan lemak...hehe. Terpaksa la ye, encik hubby. Untuk kesihatan... insyaAllah...





Inilah sebahagian daripada bahan-bahan yg ada dalam menu diet peringkat pertama tu. Ada minyak zaitun, salad, oat, sayur dan buah. Alhamdulillah, encik hubby boleh ikut diet macam ni. Kena belajar makan salad omputeh...hehe...




 Inilah dia rupa salad telur yg dicampur dengan cuka balsamic. Dressing ni saya dapat drpd kawan saya, orang Jerman. Rasa dia ok la.... Saya rasa saya lebih sukakan mayonis atau thousand island....hehe....

Jom kita tengok camno nak buat dressing cuka balsamic ni....



Balsamic Vinaigrette

(Menghasilkan 1 cawan)
3/4 cawan minyak zaitun (extra virgin)
1/4 cawan cuka balsamic
Garam
Lada hitam
Bawang putih (dicincang)
Optional: Gula perang atau madu, serbuk oregano, bawang merah dicincang.

Campurkan semua bahan dalam mangkuk, perasakan garamnya dan dah siap... boleh gunakan sikit2, campurkan dalam salad. Baki dressing boleh disimpan di dalam peti ais. Untuk encik hubby, saya campurkan salad dengan putih telur yg telah direbus atau sosej yg telah dikukus.

Selamat diet ye, encik hubby.


Ok u all....nanti datang jenguk2 lagi blog ku ini. Sampai jumpa lagi....




Quiche ayam

Salam untuk semua...

Tersebut la alkisah kertas UPSR kena repeat sebab soalan bocor. Hai....kalau dah masuk dalam whatsapp, itu namanya bocor secara besar-besaran :-D Yang tensionnya, anak teruna kecik ku itu amik upsr tahun ni. Ingat boleh fokus kat exam kafa, rupa2nya upsr tak settle lg...huhu. Sabar anakku...Allahu musta'an.... Segala yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah saya & hubby tak buat planning nak bawa anak2 jalan2 lepas exam sebab nak uruskan hal pindah rumah. Kalau tidak...habis hancuss semua perancangan...hehe. Semoga semua pihak yg terlibat, harap bersabar. Banyak pengajaran yg boleh kita ambil drpd kes kebocoran ni. Huh...tak mau komen panjang2 laa...hanya menunggu tarikh keramat (30 sept) utk anakku settlekan exam dia tuh...

Masa cuti sekolah ni ada la masa nak masak-masak. Dok intai2 buku chef hanieliza, masak guna pemanggang ajaib (magic pan). Alaa...kalau takde magic pan pun boleh masak....

Kali ni nk share ngan u all quiche ayam yg saya dh cuba. Sebut betul2 ye..."keesh ayam".... Masakan omputeh tapi sedap je kat tekak ku. Macam makan makaroni bakar gitu. Tapi saya rasa mungkin lebih macam rasa gratin kentang...apa2 sajalah labu...janji sedap dimakan...hehe. Bila dh siap, anak mogok tak mau makan sebab banyak sayur. Maklum la diaorang tuh kan anti sayur2an....huhu. Saya & hubby je yg pulun....

 

Meh kita tengok resepi quiche nih...

QUICHE AYAM

2 sudu makan majerin
1 biji bawang holland*
3 biji ubi kentang*
1 batang lobak merah*
    *potong dadu
1 dada ayam (potong kecil)
1/2 cawan air
1 sudu makan lada hitam (kisar kasar)
5 biji cendawan butang (potong nipis)

Bahan B:
1 tin kecil kacang pis
1 capsicum hijau - potong dadu
3 biji cili merah*
1 batang daun sup*
   *cincang
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 camb oregano (optional)
Keju utk ditabur

Cara membuatnya:
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sampai layu.
2. Masukkan isi ayam, ubi kentang, lobak merah, air dan garam. Masak sampai ayam masak. kalau guna magic pan, dalam 5 minit gitu.
3. Masukkan lada hitam & cendawan. Kacau rata. Tutup api.
4. Masukkan bahan B ke dalam sebuah bekas dan campurkan dengan ayam tadi. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang yg digris dengan majerin.
5. Bakar di dalam ketuhar dalam 45 minit. Kalau guna magic pan dalam 30 minit, api sederhana.
6. Sejukkan dahulu & boleh dihidangkan :-)

Saya tak pernah guna oregano. Capsicum pun jarang letak sebab dah banyak sayur. Pastu kat atas tu saya taburkan pizza topping brand Emborg. Keju cheddar pun boleh....

Selamat mencuba ye. Sampai jumpa lagi...tata titi tutu.....










Wednesday 17 September 2014

Maqlubah (nasi Arab)

As Salam semua...
Selamat bertemu lagi. Dah lama sangat tak update blog ni. Ramadhan & Syawal baru saja berlalu. Sibuk sebab anak nak amik upsr tahun ni. Exam memanjang... Alhamdulillah arini boleh update, cuti sempena hari kemerdekaan.

Kali ni nak share dengan u all resepi nasi maqlubah, resepi yg mudah daripada laman Asian Easy Chicken Recipe. Alhamdulillah...hubby & anak2 suka makan maqlubah. Mula-mula buat guna ayam, pastu guna kambing. Saya suka la bila masak guna ayam. Bila masak guna kambing tu, makan nasi jelah. Tak reti makan kambing....huhu...

Kalau nak makan maqlubah ni, kena terbalikkan atas talam atau dulang. Patutnya nasi ni terbentuk dengan cantik lepas diterbalikkan. Tapi maqlubah saya tu mcm koyak rabak je....hehe...

Jom kita tengok resepi maqlubah....

Proses menterbalikkan nasi :-)
Nasi maqlubah yang telah diterbalikkan ;-)


Nasi Maqlubah

Bahan-bahan 1:

1 kilo ayam - potong kecil
2 biji bawang besar (sederhana) - potong 4
1 cawan stok ayam
4 cawan air
1 biji tomato - didadu
1 camca teh garam/secukup rasa
1 camca teh rempah campuran (mixed spice)
1/2 camca teh serbuk kayu manis
1/4 camca teh lada hitam - ditumbuk
Secubit saffron, rendam dalam air panas atau 1/2 camca teh serbuk kunyit

Bahan 2:

2 cawan beras basmathi
2 biji terung (sederhana besar)
1 camca besar garam
2 biji tomato - potong 4
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (sederhana) - dihiris
1/2 cawan kekacang (optional)
Minyak untuk menggoreng terung

Cara memasaknya:
1. Masukkan ketulan ayam ke dalam periuk. Campurkan dengan bawang yg dipotong, tomato, garam, rempah campuran, serbuk kayu manis, stok ayam dan 4 cawan air. Saya tak guna stok ayam. Saya letak 5 cawan air dan setengah ketul kiub ayam.
2. Masak sampai ayam jadi lembut. Pastikan cecair yg tinggal dalam 3 cawan untuk memasak nasi. Asingkan ayam daripada air stok. Tapis air stok untuk memasak nasi nanti.
3. Cuci beras dan rendam selama 30 minit.Kemudian buang airnya dan ketepikan.
4. Potong terung dan goreng. Boleh juga dipanggang. saya guna magic pan yg disapukan sedikit minyak untuk masak terung. Kalau goreng macam biasa nanti nasi akan jadi terlalu berminyak.
5. Cairkan minyak sapi dan tumis bawang yg dihiris sampai wangi.
6. Tutup api dan susun ayam, terung , tomato dan sayuran lain (brokoli, kobis bunga atau lobak merah) ke dalam periuk. Masukkan beras dan ratakan ayam, terung dan tomato.
7. Tuang stok ayam daripada bahan 1.Masukkan garam. Masak sampai air kering.
8. Selepas masak, biarkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan besar.
9. Taburkan dengan kacang dan hidangkan panas. 

Sambal:
3 biji cili padi
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 biji tomato
Sedikit cuka
Garam dan guka secukupnya
(Kisar semua bahan dan sedia untuk dihidangkan)

Salad:
Timun, lobak merah, tomato - potong dadu
Bawang besar, cili hijau, cili merah - potong kecil
Sedikit minyak zaitun
(Campurkan semua bahan, kacau dan siap)

Kalau guna daging kambing, saya masak daging di dalam periuk tekanan bersama bahan-bahan lain selama 30 minit. Kiub ayam tu saya gantikan dengan kiub lembu. Harap2 lepas ni ada la kiub kambing plk...hehe

Resepi yg ringkas tapi sedap. Boleh buat sendiri kat umah. 

Selamat mencuba. Sampai jumpa lagi.
































 

Saturday 7 June 2014

Sambal ikan bilis

Salam untuk semua...

Alhamdulillah...sempat berentry lagi. Terima kasih sebab menjadi pengunjung setia blog ulun ini. Masa cuti sekolah ni ada le masa nak update blog kesayanganku ni. Bukan apa, takut kalau biar lama2, jadi berkulat...hehe :-D

Kali ni saja nak tunjuk kat u all kampung halaman ulun. *Rindunya....bila la nak balik nih...*


Aaa...tengok gambar kat atas ni. Ni map Kuala Kurau dari pandangan mata burung (walaupun bukan burung yang tengok...hehe).  Google Earth pun takde map camni tau...hehe. Mana ulun dapat?? Itu rahsia...hek hek...
Di dalam map ni boleh nampak jalan dan jambatan Kuala Gula. Menghala ke bawah sikit ialah pekan Kuala Kurau. Tempat di mana masa ulun kecik2 dulu naik biskar tulakan ke situ (naik basikal pegi situ)...hehe... kekanan sikit ada kampung Parit Abas (cair pulak tulisannya!!), tempat kulaan banjar badiaman...(Banjar residence...chewah...). Yang dot merah tu ialah kampung halamanku yang tercinta....

Okeh...cukup takat tu dulu. Tengok lama2 sangat, kang menangis pulak....huhu.... Kali ni ulun nak share ngan u all satu masakan yang special. Special sebab ini la masakan kegemaran anak lelaki ulun. Masak ni hari2 pun takpe. Apalagi kalau bukan sambal ikan bilis...

Laaa...sambal ni pun nak masuk dalam blog??? Hehe...suka hati ulun ler...ini kan blog ulun... mana tau kot2 ada orang tak reti nak masak sambal nih.... boleh amik resepi drpd blog ulun nih...hehe....

Terliur ke? Ada yg teringin? ;-)
Sambal ikan bilis

Bahan-bahan:
Ikan bilis (lebih kurang setengah mangkuk)
5 atau 6 biji bawang merah - ditumbuk
6 sudu besar cili kisar @ cili boh
Segenggam ikan bilis - ditumbuk
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukupnya

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah yang ditumbuk sampai garing sedikit.
2. Masukkan cili kisar atau cili boh. Tumis sampai naik minyak.
3. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk. Masak lagi untuk seketika.
4. Masukkan asam jawa, gula dan sedikit garam. Jangan letak garam banyak sangat sebab ikan bilis tu dah masin.
5. Masukkan ikan bilis. Kacau selalu untuk mengelakkan sambal hangit. Tunggu sampai ikan bilis masak.
6. Boleh angkat dan hidangkan.

Boleh juga goreng ikan bilis terlebih dahulu. Minyak gorengan tu boleh guna untuk buat sambal ni. Kalau buat macam ni, ikan bilis tu rangup sikit. Hati-hati, kalau salah pilih jenis ikan bilis, ia akan jadi liat. Takut sambal jadi tak best....hehe.

Sampai di sini dulu ye. Salam ceria....


Thursday 1 May 2014

Orang banjar dan teh O

Tanggal 1 Mei 2014, 2 Rejab 1435H

Salam untuk semua...

Selamat bertemu kembali setelah lama mengeram.Tidak mengeram dengan sengaja tau :-D . Banyak pula tugasan harian sejak masuk tahun 2014 ni. Maid pun dah takde. Jadi bersabarlah ye. Entry akan datang slow seperti kura2 atau macam tsunami :-D sekali datang bertalu-talu...hehe... Harap2 semua pengunjung blog ni semua sihat2 belaka dan terima kasih sebab masih setia mengadap entry ulun yg humble ini :-)

Dalam entry kali ni ulun nak bercerita tentang hubungan orang Banjar dan air teh O. Sapa suka minum teh, sila angkat tangan. Ohh...banyakk...takpe...turun tangan....

Teh O ni macam dah sinonim dengan orang Banjar. Masa ulun kecik2 dulu, supply air teh ni boleh kata tersedia 24 jam. Dari pagi, petang dan malam sentiasa ada je bekalan air teh. Yang heran tu, tak muak plk... Air kosong memang jarang minum. Kalau ada tetamu datang, inilah air yang akan dihidangkan. Kalau ada kuih, jamu sekali dengan kuih. Kalau takde kuih atau snek, biskut tawar pun jadilah. Pengalaman yg masih segar dlm ingatan :-)

Tetapi hari ini amalan ini sudah tiada lagi. Ulun sendiri suka minum air kosong atau air putih. Air teh O ni selalu jadi hidangan minum petang...itu pun kalau sempat...selalu tu tak sempat pun... :-(
Sekarang ni gula pun dah naik harga. Kesedaran tentang penyakit berbahaya yg disebabkan oleh gula pun dah menjadi sebab amalan minum teh O 24 jam ini dihentikan... :-) Mungkin ada lagi yg masih mengamalkan minum teh O ni secara berterusan. Kalau rajin tu, meh la share kat sini ye... :-)

Setakat ini dulu ye. Banyak lagi 'bom' yg masih tersimpan di dalam gudang. Tapi kena tunggu dan bersabar dan terima kasih sebab masih setia bersama blog ulun.

Jumpa lagi...daa...