Thursday 15 November 2012

Dari Utara ke Selatan, Dari Jitra ke Legoland

2 Muharram 1434H

Salam untuk semua...

Semasa tengah buat entry ni, terbatuk-batuk depan laptop, diserang selesema gara-gara banyak makan angin...hehe.

Alhamdulillah, minggu lepas kami sekeluarga ke Jitra, Kedah untuk meraikan karnival sukan ofis suami. Kes mengekor la ni...hehe. Sebelum tu sempat juga singgah di Pulau Pinang dan berjumpa dengan Ukhti Shareeza Saniff. Syukur...dah lama tak jumpa sahabat saya ni...banyak benda nak dikongsikan bersama. Banyak perkara yg dapat saya pelajari daripada Kak Ija. Dan...sempat juga pekena roti nan dan ayam tandoori Restoran Kapitan yg menjadi kegemaran saya masa duduk di sana dulu. Sekarang ni kena tunggu turun Penang la, baru boleh makan...huk huk...

Dari Pulau Pinang kami bermalam di Alor Setar, rumah Abg Fuad dan Kak Jawahil. Alhamdulillah...sambil berjalan-jalan, dapat juga merapatkan ukhuwwah dengan rakan-rakan dan saudara mara. Seronok dapat jumpa saudara-mara. Hari berikutnya kami check in di Hotel Bustani, Jitra. Ok juga hotelnya. Tak sempat nak snap gambar...hehe.

Lepas check out dari hotel tu, kami terus menuju ke Teluk Intan untuk memenuhi undangan daripada Pak Ngah Jamil dan Mak Ngah Salabiah ke majlis perkahwinan anak perempuan mereka, Wahida. Terima kasih untuk Pak Ngah dan Mak Ngah sekeluarga sebab meraikan kedatangan kami walau pun kami sampai lepas majlis berakhir. Banyak cabaran diperjalanan sebelum sampai rumah ke rumah Pak Ngah ni. Hujan lebat dan kemalangan di lebuhraya melambatkan perjalanan kami. Terus ikut jalan lama je...Alhamdulillah, kami selamat sampai. Untuk Wahida dan Syamsul, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...insyaAllah.

Masa cuti Deepavali tu pulak, kami sekeluarga bertolak ke Muar. Menziarahi keluarga angkat saya, keluarga Che Hamid di sana. Ibu angkat saya, Puan Harishah Abdullah baru sahaja meninggal dunia. Lawatan saya ke sana mengimbau kembali saat-saat semasa saya bersama dengan keluarga ini lebih kurang 20 tahun yg lepas. Makcik Harishah yg saya kenali merupakan seorang insan yg baik dan pemurah. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman, Amien.

Tangki air pakai tanjak di Jalan Merlimau/Jasin


Timbunan padi di kilang beras Che Hamid yg sempat kami lawati
 Petang harinya kami terus menuju ke Johor Bahru. Terpaksa menempuh hujan lebat yg kerap kali berlaku sejak kebelakangan ni, terutama di waktu petang. Alhamdulillah...cik abang maintain kental (hehe...) sehingga kami sampai ke destinasi. Kami check in di Pulai Springs Resort, Jalan Pontian Lama. Boleh tahan juga hotel ni, tapi tak dapat tengok pemandangan laut...

Bilik penginapan di Pulai Springs Resort

Pagi esok tu kami check out dan terus menuju ke Legoland di Medini, Nusajaya. Menarik tempat ni dan banyak tarikan di sini masih dalam dalam pembinaan. Harap2 Legoland ni akan menjadi pesaing kepada Universal Studio Singapura. Jom kita tengok apa yg menarik kat sini...

Arca mini: Star Cruise
Arca mini: Taj Mahal...menghitung hari untuk melihat yg real...
Arca mini: Putrajaya, KLCC
Arca mini: Masjid Putrajaya
Arca mini: Suria KLCC



 
Pemandangan daripada Menara Tinjau
Anak-anak la paling seronok...sekolah dah cuti, masa utk enjoy...
Kami bertolak balik ke rumah petang tu. Lengkap la perjalanan utara-selatan ni...hehe. Lenguh satu badan sebab lama sangat duduk dalam kereta. Perjalanan yg panjang di tambah dengan kesulitan sebab hujan dan trafik yg sesak dan kemalangan. Alhamdulillah...di sebalik segala halangan, tercapai juga hajat kami untuk sampai ke mana yg kami rancangkan.

Kepada sesiapa yg nak berjalan-jalan musim cuti sekolah ni, berhati-hatilah memandu. Hujan yg lebat mengurangkan darjah visibiliti. Macam cakap mat saleh tu "expect the unexpected". Yang penting, berhati-hati dan berjaga-jaga, dan berdoa semoga Allah memberi perlindungan dan keselamatan kepada kita.

Sampai di sini dulu ok. Sampai jumpa lagi. Salam tahun baru...   

Kek Oren

Salam untuk semua...

Bulan Zulhijjah baru saja berlalu. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1434 untuk semua.Beberapa hari lagi, insyaAllah emak dan abah saya juga akan balik dari tanah suci. Saya doakan semoga mak dan abah selamat pulang ke tanah air, semoga perjalanan mereka berdua sentiasa di dalam lindungan dan rahmatNya, insyaAllah.

Sebenarnya entry ni dah lama saya simpan. Semenjak Aidil Adha dulu...hehe. Tapi kalau nak cerita panjang pasal hari raya tu, macam dah basi la pula...Tapi kat sini saya selitkan salah satu resepi masakan yg saya buat masa raya aritu. Kek ni emak selalu buat masa saya kecik-kecik dulu. Ini masanya untuk saya buat pulak...hehe. Resepinya saya amik daripada laman MyResepi, resepi daripada Junn. Kalau ada yg berminat nak mencuba, kat bawah ni ada resepinya...  

Kek Oren

Bahan-bahan:
250g tepung gandum
175g gula halus
175g mentega
2 camca besar susu segar
1 camca teh serbuk penaik (baking powder)
1 atau 2 sudu teh parutan kulit oren
3 biji telur
jus daripada sebiji oren
1/2 camca teh garam

1. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan garam.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu demi satu.
4. Masukkan tepung, parutan kulit oren, susu segar dan jus oren. Pukul sebati.
5. Bakar hingga masak (45 minit - 1 jam) 

Selamat mencuba. Sampai jumpa lagi.