Friday 30 October 2015

Apam Nasi

Salam utk semua...

Tahun baru hijrah 1437 sudah berlalu hampir dua minggu. Masih belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah :)

Macam biasa, selepas kehadiran tahun baru, menyusul pula hari Asyura (10 Muharram). Selalu kalau di Kuala Kurau, kat masjid dan surau-surau ada masak-masak bubur Asyura. Dulu masa kecik2 kat surau ada masak bubur Asyura sempena 10 Muharram. Bubur nasi dicampur dengan bermacam2 jenis sayur yg tak terkira banyaknya. Yelah, sayur tak payah beli. Petik2 je kat tepi rumah, di peranggan bandang (batas bendang), semak samun belakang rumah...hehe...semua ado. Sekarang ni dah tak tahu macam mana keadaannya. Mungkin sayur2 tu dah banyak yg kena beli... Itu la alkisah bubur asyura di kampung zaman dolu2.

Hari Asyura ni pulak selalu diraikan dengan ibadah puasa. Tahun ni puasa ikut nasihat ustaz2. Puasa 10 Muharram digandingkan dengan hari ke 9 atau hari ke 11 untuk mengelakkan persamaan dgn penganut fahaman yg lain. Alhamdulillah...harap2 u all pun diberi kemudahan untuk berpuasa. Bila cerita bab puasa ni, mesti nak masuk bab juadah berbuka puasa. Kali ni nak share ngan u all juadah berbuka puasa. Juadah ringkas, quiche ayam sayur-sayuran dan apam nasi. Jom kita tengok rupa apam nasi tu....


Ni le rupa apam nasi tu :)


Saya selalu masak apam ni tapi baru sekarang berkesempatan masuk dalam blog. Rasa macam dah penah letak, tapi lepas check balik takde pulak.

Resepi ni saya dapat dari internet. Maaf la tak pasti sumber dari mana. Saya dah olah sedikit daripada resepi asal. Kalau ikut resepi asal, kena guna 2 cawan tepung gandum & 2 cawan tepung beras. Saya kurangkan tepung beras dan lebihkan tepung gandum sebab kalau letak banyak tepung beras, apam ni rasa macam melekit2. Ni namanya 'derhaka resepi'...hehe. Jom kita tengok resepi suka2 hati ku ini...hehe

Apam Nasi

2 cawan nasi
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan gula 
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil/sudu teh yis (saya guna mauripan)
Pewarna kesukaan
Kelapa parut dan sedikit garam

1. Kisar nasi dan air sampai halus (guna blender).
2. Campurkan gula perang dan gula dan kisar lagi sampai sebati. 
3. Dalam bekas yg lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Gaul rata.
4. Masukkan adunan nasi dan gula tadi ke dalam campuran tepung dan yis. Kacau rata.
5. Masukkan pewarna kesukaan, kemudian perap adunan selama 3 jam.
6. Selepas 3 jam, panaskan kukusan. Masukkan adunan apam ke dalam acuan2 kecil dan kukus selama 15 minit.
7. Selepas 15 minit, angkat dan sejukkan. Boleh dihidangkan bersama kelapa parut yg dicampur sedikit garam.

Tips: Campurkan pewarna sebelum adunan diperap.Selepas diperap dah tak boleh digaul2 lagi, nanti apam tak kembang. Elok letak pewarna sebab nanti apam akan nampak pucat (macam orang pulak...hehe). Semasa mencedok adunan, kaut (ambil) dari bawah. Adunan mendap selepas diperap. Kalau ambil bahagian atas, nanti rasa macam makan apam angin...hehe. Satu lagi, kukus kuih selepas air kukusan mendidih. Nanti baru le apam pecah....hehe. Pastikan air kukusan tu banyak...

Haa...dah banyak tips nih. Kalau tak jadi, meh le berguru sekali lagi...hehe...

Selamat mencuba tau...
 

Wednesday 28 October 2015

Pisang Sira

Salam untuk semua...

Lamanya tak update blog. Penuh sarang labah2 dah ni. Bab habuk tu jangan cerita la. Boleh dihembus-hembus dah...hehe...

Sian kat orang yg dok tunggu saya update. I'm back, dear. Chewah...macam baru sembuh dari kemurungan je bunyinya...heheh...Alhamdulillah...Allah bagi kelapangan utk update blog lagi. Apa habar kulaan seberataan? Harap semua wagas2 hajak. Masa buat entry ni, baru je clear pandangan daripada jerebu yg menggila untuk tahun 2015 nih. Anak2 yg exam, mak nyer yg tension sangat sebab exam kena tangguh angkara jerebu. Tiga kali kena paksa cuti, cuti kali ke 3 tu pulak berlanjutan sampai nak habis hari persekolahan. Sabar la anak2 ku...ini ujian. Orang klu cuti seronok. Yang ni jadi lain macam pulak sebab tak boleh buat aktiviti luar. Alhamdulillah...kami semua tak sakit2 masa jerebu nih...

Haih...panjang pulak kisah jerebu nih. Ok, kita lupakan kisah jerebu. Macam biasa nak share ngan u all semua resepi yg dah dimasak sepanjang tahun.......oops...mana ada...tahun ni macam malas je nak masak.
Ni resepi bila entah...dah ada dalam stor, korek2 buat keluar je lah.

Ni la rupa pisang sira. Klu tak silap ni resepi orang pantai timur. Betul ye? Nanti tak pasal2 kena maghah dengan mek!

Jom tengok camno nak buek pisang sira nih... 




Pisang sira

Beberapa biji pisang awak atau pisang abu
Gula ikut kemanisan yg disukai
3 atau 4 biji bunga cengkih
Dua helai daun pandan


Cara-caranya: Didihkan gula bersama sedikit air (agak-agak tenggelam pisang), bersama daun pandan dan bunga cengkih. Selepas air mendidih, masukkan buah pisang yg telah dibuang kulit. Masak sampai kuah jadi pekat. Saya cuma masukkan 2 sudu gula (lebih kurang 1 camca besar). Letak sikit dulu, klu kurang manis boleh tambah kemudian. Ini untuk mengelakkan sira jadi terlalu manis. Boleh juga gantikan gula putih dengan gula melaka. Tapi yg ori macam kat atas ni lah. Klu nak derhaka resepi lagi, blh guna gula perang dan gula merah. Versi yg saya penah buat la. Ok jugak rasanya.

Cubalah suka2 hati ye. Jangan bubuh kari atau sambal belacan dah la. Pengsan mokcik...

Ok semua...selamat mencuba...sampai jumpa lagi. Babye...

Tuesday 23 June 2015

Aria Kusuma

Salam untuk semua...

Sudah hampir seminggu umat Islam berpuasa. Hari ni baru sempat buat entry yang baru. Selamat berpuasa untuk semua. Tahun ni diuji dengan cuaca yang agak panas. Saya sendiri pun dok batuk2 di depan laptop nih. U all semua, jaga kesihatan baik2 ye. Pastikan minum air yang mencukupi. Kesian juga tengok anak berpuasa musim panas2 macam ni. Sabar...sabar...ni semua ujian.



Arini nak share dengan u all kuih manis dari Banjarmasin, Aria Kusuma. Boleh la cuba buat untuk buka puasa...Kuih ni rupanya macam tepung talam, tapi cara masaknya sedikit berbeza dengan tepung talam kat sini. Jom kita tengok resepinya...





Aria Kusuma
(resepi daripada kueresep.com)

Bahan-bahan:

250g tepung beras
200g gula pasir
1 camca teh air kapur
1/2 camca teh garam
750ml air panas
Sedikit pewarna hijau dan merah

Lapisan atas (kacau rata):
200ml santan pekat (1/2 biji kelapa)
3 sudu makan tepung beras
1/4 camca teh garam

Cara membuatnya:
1. Campur tepung beras,gula, air kapur dan garam. Kacau rata.
2. Tuangkan air panas. Kacau sampai sebati
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Adunan pertama ditambah pewarna merah, aduan kedua diwarnakan merah dan satu adunan lagi dibiarkan putih.
4. Tuang lapisan putih ke dalam loyang yang telah digris. Kukus selama 5 minit. Tuang lapisan hijau dan kukus selama 5 minit lagi. Kemudian tuang lapisan merah dan kukus 5 minit lagi.
5. Tuang lapisan atas.Kukus lagi 15 minit sampai masak. Siap! :)

Tips: sukatan sudu makan tu sama macam sukatan camca besar

Selamat mencuba...

Sampai jumpa lagi ye!







Ramadhan 2015 (1436H)


Ramadhan Kareem...

Selamat berpuasa untuk semua pengunjung ke blogku ini. Bersama-sama kita meningkatkan ibadah kita pada bulan yang mulia ini...

Sunday 3 May 2015

Roti Pisang

Salam untuk semua....

Ulun selalu melayari blog dan laman web Banjar di Kalimantan Selatan (Kal Sel). Banyak persamaan di antara orang banjar Kal Sel dan orang banjar di Malaysia nih. Antara yg menarik minat ulun ialah kesamaan juadah tradisional banjar di sana dan di sini.

Arini ulun nak share ngan u all resepi yg sedap dari Kal Sel, iaitu Roti Pisang. Resepi yg ringkas tapi sedap banget. Jom kita tengok camne nak membuatnya...







Roti Pisang

Bahan-bahan:
250g tepung gandum
125g gula pasir
1/4 sudu makan garam
sedikit esen vanilla
500ml santan (1/4 biji kelapa)
2 biji telur
Kelapa parut secukupnya
10 biji pisang awak atau pisang abu
Pewarna kuning

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, gula,garam dan vanilla. Kacau rata.
2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.
3. Masukkan telur, kacau sampai rata (adunan cair). Biarkan seketika.
4. Kupas pisang dan potong kecil-kecil.
5. Campurkan pisang dan kelapa parut. Kacau rata.
6. Panaskan acuan roti dan sapukan sedikit minyak masak.
7. Tuang adunan ke dalam acuan.
8. Tutup acuan dan masak di atas api kecil sampai masak.

Kuih ni ada acuan khas, macam acuan serabai tu, tapi acuannya lebih dalam. Ulun guna acuan serabai je. Tak kuasa nak pegi Kal Sel semata-mata nak beli acuan tuh...hehe... Santan tu pulak ulun guna santan kotak, cairkan sampai dapat 500ml. Kalau guna santan segar mesti lebih sedap.

Selamat mencuba ye. Sampai jumpa lagi

Karipap dan cucur roti

Salam untuk semua....

Apa habar kulaan? Harap semuanya wagas hajak (sihat2 saja). Alhamdulillah, boleh buat entry arini sempena cuti hari buruh & hari wesak. Masa cuti macam ni, ramai yg balik kampung atau jalan2 cuti2 Malaysia...hehe... Memandulah dengan berhati2, malang tak berbau. Kadang2 kita berhati2, orang lain pulak buat pasal. Semoga kita semua berada di dalam peliharaanNya...

Untuk yg duduk mengeram kat rumah tu, arini ulun nak kongsikan resepi ringkas terutama untuk hero2 kecil yg sedang membina badan...hehe

Pertamanya resepi karipap roti. Senang je membuatnya. Amik roti putih (tak kira la brand apa pun...hehe), canai menjadi nipis. Pastu masukkan ke dalam acuan karipap. Letakkan inti, ikut suka, sambal sardin ke, sambal ikan bilis ke, nak inti manis pun boleh... Pastu boleh goreng. Guna api sederhana, roti ni masak dengan cepat. Angkat dan boleh dihidangkan :)





Ni la rupa karipap roti. Ringkas dan senang membuatnya :)

Ulun nak kongsi satu lagi resepi ringkas menggunakan roti. Cucur roti namanya. Amik roti, dalam 5 atau 6 keping, potong kecil2, sebiji bawang besar di mayang, sedikit daun sup dan daun bawang, garam dan kalau suka boleh letak perasa. Ulun masukkan isi ikan sardin dalam tin yg dihancurkan. Campurkan semua bahan sampai sebati, pastu bentukkan bulat2. Pastu boleh goreng. Dah siap....


Ni rupa cucur roti tu. Ulun tak letak pun bawang dan daun sup. Nanti anak2 mogok tak mahu makan...huhu


Selamat mencuba. Selamat bercuti untuk semua. Sampai jumpa lagi...








Monday 13 April 2015

Kalakatar lagi

Salam utk semua...

Selamat berjumpa lagi. Terima kasih sebab bersabar dengan fasa siput blog ku ini...hehe. Biasa la, kalau berblog bila ada masa, macam ni la jadinya...

Kali ni nak share ngan u all cerita Kalakatar versi ulangan....

Pic tak comel...malas nk touch up...hehe

Dengan semangatnya ku membakar kuih ni untuk jamuan family gathering minggu lepas. Entry kalakatar ni dapat hits yg tinggi, so arini nak share camne nak buat kalakatar yg sesuai teksturnya, tak keras dan tak lembik sangat. Kalau ikut resepi asal, guna 6 cawan air kelapa muda. Kali ni ulun guna 5 cawan je. Hasilnya sangat ok. Boleh dapat resepi kalakatar kat sini

Ok, selamat mencuba. Jumpa lagi...muahh...

Wednesday 28 January 2015

Air detox

Salam untuk semua....

Bila orang buka blog ni, mesti ramai yang pelik. Kata blog banjar, tapi tak banyak cerita pasal banjar pun?! Siap tabuat (terselit-selit) bahasa urang puteh pulak tu...

Don't worry....hehe....i'm learning...ok. Sebenarnya mencabar juga nak set up blog macam ni dengan segala kekangan yang ada. Tak perlu la saya ceritakan semua, tapi antara lain cabarannya ialah mencari sumber untuk dimuatkan dalam setiap entry blog nih. Last-last (huh...broken) masukkan je apa yang saya rasa patut...haha.

Bertenang...bertenang....insyaaAllah....setelah kufikirkan (chewah) saya akan memasukkan resepi dan cara hidup dimana datuk dan nenek saya berasal, dari daerah Kalimantan, terutama sekali dari Kalimantan Selatan. Banjar totok, kadang-kadang dia cakap apa, ulun pun tak faham :) Tunggu tau....

Untuk entry kali ni, nak share dengan kulaan semua air detox buatan sendiri. Boleh masukkan oren, lemon, limau nipis, limau kasturi. Tapi jangan masukkan biji ok, nanti air tu jadi pahit. Boleh juga masukkan strawberi dan daun pudina. Simpan dalam peti ais semalaman dan esoknya boleh diminum. Senangkan...



Selamat mencuba. Sampai jumpa lagi. Salam ceria untuk kulaan semua :))

Wednesday 21 January 2015

Kerepek Arrowhead (ngaku)

Salam untuk semua kulaan

Tadi baru belek-belek kalendar, nak check cuti tahun ni. Cuti untuk Januari 2015 dah habis....hehe. Bulan Februari pulak ada cuti sempena Thaipusam dan Hari Raya Cina. Bila cakap pasal raya ni, banyak benda belum buat lagi ni. Buah limau belum beli lagi....dah jadi resmi tahunan beli limau dalam kotak merah tuh... Tahun ni tambah satu lagi suka, beli arrowhead pulak. Arrowhead? Apa tuh?!


 Ni la rupa arrowhead atau ngaku. Sedap digoreng untuk dijadikan kerepek. Banyak jual kat giant dan aeon big. Masa saya beli aritu, pekerja kat situ pelik, siap tanya lagi; "ini boleh makan ke?" Saya jawab, boleh makan, saya buat goreng...hehe.






Ini la kerepek arrowhead. Senang je nak buat. Kupas kulit, potong nipis-nipis, masukkan sedikit air garam, pastu goreng. Kurangkan garam, kalau masin sangat tak sedap. Kerepek ni lemak dan sedap, kalau dah makan tu memang leka...hehe.

Selamat mencuba ye. Nak pergi cari limau pulak lepas ni.

Sampai jumpa lagi.

Muqaddimah 2015

Salam untuk semua...

Bertemu lagi selepas dah lama sangat tak berblog. Huh...blog ni dah penuh sawang, nasib baik belum berkulat...hehe.

Apa habar kulaan? Ulun doa semoga semuanya sihat-sihat belaka...

2014 sudah berlalu. Membawa pelbagai cerita suka dan duka. Kapal terbang hilang, kapal terbang kena tembak, banjir berskala besar....begitu banyak airmata yg tumpah, banyak kehilangan nyawa, begitu banyak penderitaan... Semoga apa yg berlaku membawa keinsafan untuk kita semua. Sama-sama kita membantu setakat yg termampu dan berdoa supaya Allah mempermudahkan urusan mereka yg ditimpa musibah dan semoga mereka redha dengan ujian ini.

Sama-sama juga kita doakan semoga tahun 2015 ini membawa harapan baru untuk kita semua meneruskan kehidupan dan berazam untuk melakukan yg lebih baik dari semalam. Ingatlah firman Allah dalam surah al Insyirah; "Sesungguhnya dengan kesusahan itu, akan datangnya kesenangan". Bak kata orang puteh..."sentiasa ada cahaya di hujung terowong"...

Jangan kita bergundah gulana merintih nasib yg buruk.Berfikirlah dengan positif dan bertindaklah dengan positif. Semoga tahun 2015 ini menjanjikan satu kehidupan yg lebih baik untuk kita semua...Insyaa Allah.

Sampai jumpa lagi. Bye for now ;-)