Thursday 4 August 2016

Gangan Batu'op

Salam untuk semua...

Syawal baru saja berlalu. Macam-macam kisah raya kita tinggalkan. Uyuh juak  tulakan ka rumah terbuka...hehe. Alhamdulillah...masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk meraikan musim raya. Dapat rasa masakan orang yg sedap-sedap tu kan! Makan pagi kat rumah orang, makan tengahari kat rumah orang, makan petang kat rumah orang lagi, makan malam pun kat rumah orang lagi! Hmm...ni la namanya "dapur tak berasap"...(hancurr!!)

Wayahini urang sudah mula tulakan ka Makah. Tahun ni sepupu dan ipar ulun pergi ke Mekah. Alhamdulillah, dah sampai seru menjadi tetamu Allah. Kita bila lagi ek?! InsyaaAllah....satu hari nanti kita juga akan dijemput sebagai tetamuNya...

Didoakan mudah-mudahan saudara2 ulun dan jemaah haji yang lain dikurniakan haji yang mabrur. Semoga diberi kemudahan dan keselamatan semasa pergi dan balik. Mudah-mudahan sentiasa berada di dalam peliharaanNya semasa berada di Tanah Suci. Minta dijauhkan dari segala bencana dan malapetaka...Aamiin...

Ok...dalam entry kali ni, ulun nak share resepi Gangan Batu'op. Kalau nak tahu sebutan, kena tanya orang Banjar...hehe. Terjemahan lebih kurang bunyi macam ni "masak lemak bertutup" (kot!!...hehe)





Resepi istimewa daripada Banjarmasin. Orang Banjar di sini pun masak jugak, tapi ulun amik resepi urang Banjarmasin. Ada banyak variasi masakan untuk Gangan Batu'op ni, tapi ulun cuba masak ikut resepi ni. 

Gangan batu'op ni kerap dimasak oleh orang-orang Banjar sewaktu dahulu. Sekarang ni, mungkin tak ramai yang tahu macam mana nak masak Gangan Batu'op nih. Bisa ka kawo mamasaki ni, diyang?? (pertanyaan khas utk perempuan Melayu Banjar terakhir...kikiki)

Okeh...jom kita tengok resepinya....


GANGAN BATU'OP

250g ikan patin / ikan haruan
Kacang panjang
Kobis
Cili merah / cili hijau - dipotong, jangan putus
1 batang serai, diketuk
1 helai daun salam
1 camca teh asam jawa /  4 biji belimbing wuluh
1/2 cawan air
Sedikit minyak 
Gula dan garam

Bahan kisar:

4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
4 biji buah keras
1 inci kunyit
1inci halia

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis serai dan daun salam. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sampai wangi. 
2. Masukkan ikan, biarkan sampai ikan berubah warna. Kemudian tuangkan air dan tutup periuk. Biarkan seketika.
3. Masukkan kacang panjang, kubis, cili hijau dan asam jawa. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan tutup periuk.
4. Masak sampai kuah tinggal sedikit. Kacau rata dan tutup lagi sekali. Biarkan sekejap saja. Tutup api dan bolehlah diangkat.


Hmm...wallah...sedap masak Gangan Batu'op nih. Ulun guna ikan talapia. Belimbing buluh takde...bukan musim agaknya. Daun salam tu diganti dengan daun bay...apa2 jelah labu....

Ok...sampai kat sini dulu ye. Nak pegi menghabiskan masakan ikan yang yummy ini...!!

Jumpa lagi...bye....

No comments:

Post a Comment