Sunday 28 August 2016

Mandai tuwadak

Salam utk semua...

Damini bandera malaysia bakibaran marata2. Di ambin, di lawang, di lungkang (bukan longkang tau...), di tawing, di bawah rumahan wan di atas bumbungan. Mana lagi kada disambat?! Dapur umak?? Takut umak manyalukut bandera! Hehe... Selamat menyambut hari merdeka yg akan muncul beberapa hari lagi utk semua pengunjung blog ulun nih.

Harap2 kulaan semuaannya wagas haja. Hari ni ulun nak cakap pasal musim tuwadak yg dah datang kembali. Ini panggilan orang Banjar utk buah cempedak. Meh ulun belanja gambar tuwadak...

Kredit: harianlampung


Menggiurkan je kan bila tengok isi tuwadak yg montel2 tuh. Isinya ni sedap sangat kalau dibuat goreng. Kebetulan dapat satu resepi batter yg mabeles. Lepas goreng tu hasilnya rangup dan tidak liat walau pun dah sejuk.




Inilah dia hasilnya. Nyaman ma'ulah, nyaman jua dimakan. Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang terutama sekali masa cuti hujung minggu! Untuk resepi batter yg mabeles ni, sila cari di SINI




Biji tuwadak ni jangan dibuang. Simpan untuk direbus dan dinikmati bila ada masa santai, terutamanya hujung minggulah.... Kalau makan ni, selalunya angin satu badan!




Yang istimewanya orang Banjar ni, kulit tuwadak tidak dibuang. Ia akan 'diproses' menjadi MANDAI, iaitu jeruk kulit tuwadak.



Inilah rupa mandai yg baru disiapkan. Inilah makanan feveret orang Banjar. Selalunya mandai ni dibuat goreng dan dimakan panas2 dengan nasi putih. Boleh juga kalau nak tumis dengan bawang dan cili untuk memberi kepelbagaian rasa.

Senang je nak buat mandai ni. Masukkan air suam ke atau air biasa ke dalam bekas atau balang. Lepas tu masukkan kulit tuwadak yang telah dipotong kecil-kecil. Taburkan garam kasar secukupnya. Pastikan kulit tuwadak terendam. Ulun guna plastik berisi air utk pastikan kulit tuwadak terendam sepenuhnya. Selepas seminggu, mandai ni bolehlah dimakan.

Sampai di sini dulu ye. Selamat mau'lah mandai. Urang anum kana belajar mau'lah makanan warisan paninian ni!




Tuesday 16 August 2016

Tumis Kacang Banjar

Salam untuk semua...

Baru-baru ni ulun ada ternampak satu poster lawatan 4 hari 3 malam ke Banjarmasin. Tempat yang terkenal dengan panggilan Kota Seribu Sungai ni rasa macam begitu menggamit2 utk ulun datang ;)






Cuba tengok gambar pasar terapung tu. Kat Mesia ni tak ada pemandangan macam ni. Hmm...teruja nak pegi tapi kena tunggu dululah. Kena ada budget & masa yang sesuai... Ayuha kulaan, tulakan ka Banjarmasin... 

Ulun ada saudara di Banjarmasin, saudara kepada Opah. Tapi tak penah jumpa dan tak tahu pun di mana tempatnya. InsyaaAllah, panjang umur, murah rezeki boleh la jejak2 kasih di Banjarmasin... Tunggu urang Banua, kayina kami datang....

Kali ni nak share dengan u all resepi mudah sayur Banjar iaitu Tumis Kacang Banjar. Masakan tumis sayur bersantan ni memang antara trademark orang Banjar. Kalau di kampung2 banjar bahari (zaman dolu2) bahan2 sayur ni memang senang didapati dan harganya murah. Kebanyakan sayur ditanam sendiri, kelapa juga tak perlu dibeli. Itulah intipati kehidupan orang banjar yang rata2nya adalah petani yg pendapatannya hanya cukup2 makan utk satu keluarga. Haa...panjang pula intronya kan... Okeh... jom kita tengok resepi sayur yg sangat simple ini....





Tumis Kacang Banjar

10 batang kacang panjang- potong pendek2
50g taugeh - dibersihkan
Sebiji tauhu - dipotong dadu
Sedikit udang kecil
Sedikit air asam jawa - lebih kurang 1 camca teh
Sebatang serai, diketuk
4 batang cili merah - potong serong
6 ulas bawang merah - dimayang
400ml santan
Minyak utk menumis

Bahan kisar:

1inci kunyit, dibakar
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
!/2 inci halia
1 camca teh garam


Cara memasaknya:
1. Tumis bahan kisar bersama serai, cili merah dan bawang merah sampai wangi.
2. Kemudian masukkan udang dan masak seketika.
3. Masukkan tauhu, kacang panjang dan taugeh.
4. Masukkan santan dan masak sampai semua sayur tadi lembut. Matikan api dan boleh diangkat dari dapur.

Senang je kan?! Ok...sampai di sini dulu. Jumpa lagi dalam entry seterusnya....

Friday 5 August 2016

Talam Suji

Salam utk semua....

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ulun nih. Sejak resepi banjar ulun naik ke MukaBuku, ramai la datang menjenguk blog ulun nih. InsyaaAllah dari masa ke semasa, ulun akan upload gambar dan resepi untuk memeriahkan lagi blog ulun nih.

Dalam entry kali ni, ulun nak share resepi Talam Suji daripada Chef Asma. Pertama kali buat FAIL! Lapisan bawah lembik sangat. Cubaan memasak memang macam ni lah. Kalau tak jadi, tak payah upload, malu satu kampung Banjar!! Ni dah jadi, boleh la show off....hehe...riyak yer....

Memang banyak langkah untuk buat kuih ni, tapi bila dah rasa kesedapannya...berbaloi-baloi sedap yer...dah lupa penat memasak...hehe.

Jom kita tengok resepinyer:







Talam Suji (Chef Asma)

(Ni resepi asal, agak banyak. Ulun buat separuh adunan saja)

Lapisan bawah:
Bahan A:
180g tepung suji/semolina
450ml air

Bahan B:
220g gula castor
2 biji telur
200ml santan (boleh guna santan kotak)
250ml air
Pewarna kuning

1. Rendam bahan A selama 30 minit.
2. Satukan semua bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis. Masukkan bahan A ke dalam periuk. Buang baki air rendaman, kalau tidak kuih akan jadi lembik. Tuangkan bahan B ke dalam periuk yg ada bahan A tadi.
3. Kacau atas api sederhana dengan senduk kayu. Kacau sampai adunan keras sedikit (nampak terangkat sedikit dari periuk).
4. Ambil loyang 10x10x2 atau x3, sapukan sedikit minyak dan lapik plastik di atas loyang supaya senang mengeluarkan kuih.
5. Kukus selama 25 minit.

Lapisan Atas:
Bahan A:
300g gula merah (klu tak nak hitam, boleh kurangkan)
50g gula kastor
500ml air

Bahan B:
150g tepung gandum
3 biji telur
250ml santan (boleh guna santan kotak)
1/2 camca teh garam

1) Masak bahan-bahan A sampai gula merah larut dan sejukkan.
2) Satukan semua bahan B, kacau sampai rata.
3) Campurkan bahan A dan bahan B dan tapis.
4) Kacau atas api yang sederhana. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
5) Tutup api dan ratakan adunan dengan pemukul telur.
6) Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.



Sedap sangat kuih ni. Tak rugi mencuba.

Sampai jumpa lagi...bye...

Thursday 4 August 2016

Gangan Batu'op

Salam untuk semua...

Syawal baru saja berlalu. Macam-macam kisah raya kita tinggalkan. Uyuh juak  tulakan ka rumah terbuka...hehe. Alhamdulillah...masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk meraikan musim raya. Dapat rasa masakan orang yg sedap-sedap tu kan! Makan pagi kat rumah orang, makan tengahari kat rumah orang, makan petang kat rumah orang lagi, makan malam pun kat rumah orang lagi! Hmm...ni la namanya "dapur tak berasap"...(hancurr!!)

Wayahini urang sudah mula tulakan ka Makah. Tahun ni sepupu dan ipar ulun pergi ke Mekah. Alhamdulillah, dah sampai seru menjadi tetamu Allah. Kita bila lagi ek?! InsyaaAllah....satu hari nanti kita juga akan dijemput sebagai tetamuNya...

Didoakan mudah-mudahan saudara2 ulun dan jemaah haji yang lain dikurniakan haji yang mabrur. Semoga diberi kemudahan dan keselamatan semasa pergi dan balik. Mudah-mudahan sentiasa berada di dalam peliharaanNya semasa berada di Tanah Suci. Minta dijauhkan dari segala bencana dan malapetaka...Aamiin...

Ok...dalam entry kali ni, ulun nak share resepi Gangan Batu'op. Kalau nak tahu sebutan, kena tanya orang Banjar...hehe. Terjemahan lebih kurang bunyi macam ni "masak lemak bertutup" (kot!!...hehe)





Resepi istimewa daripada Banjarmasin. Orang Banjar di sini pun masak jugak, tapi ulun amik resepi urang Banjarmasin. Ada banyak variasi masakan untuk Gangan Batu'op ni, tapi ulun cuba masak ikut resepi ni. 

Gangan batu'op ni kerap dimasak oleh orang-orang Banjar sewaktu dahulu. Sekarang ni, mungkin tak ramai yang tahu macam mana nak masak Gangan Batu'op nih. Bisa ka kawo mamasaki ni, diyang?? (pertanyaan khas utk perempuan Melayu Banjar terakhir...kikiki)

Okeh...jom kita tengok resepinya....


GANGAN BATU'OP

250g ikan patin / ikan haruan
Kacang panjang
Kobis
Cili merah / cili hijau - dipotong, jangan putus
1 batang serai, diketuk
1 helai daun salam
1 camca teh asam jawa /  4 biji belimbing wuluh
1/2 cawan air
Sedikit minyak 
Gula dan garam

Bahan kisar:

4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
4 biji buah keras
1 inci kunyit
1inci halia

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis serai dan daun salam. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sampai wangi. 
2. Masukkan ikan, biarkan sampai ikan berubah warna. Kemudian tuangkan air dan tutup periuk. Biarkan seketika.
3. Masukkan kacang panjang, kubis, cili hijau dan asam jawa. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan tutup periuk.
4. Masak sampai kuah tinggal sedikit. Kacau rata dan tutup lagi sekali. Biarkan sekejap saja. Tutup api dan bolehlah diangkat.


Hmm...wallah...sedap masak Gangan Batu'op nih. Ulun guna ikan talapia. Belimbing buluh takde...bukan musim agaknya. Daun salam tu diganti dengan daun bay...apa2 jelah labu....

Ok...sampai kat sini dulu ye. Nak pegi menghabiskan masakan ikan yang yummy ini...!!

Jumpa lagi...bye....