Friday 30 October 2015

Apam Nasi

Salam utk semua...

Tahun baru hijrah 1437 sudah berlalu hampir dua minggu. Masih belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah :)

Macam biasa, selepas kehadiran tahun baru, menyusul pula hari Asyura (10 Muharram). Selalu kalau di Kuala Kurau, kat masjid dan surau-surau ada masak-masak bubur Asyura. Dulu masa kecik2 kat surau ada masak bubur Asyura sempena 10 Muharram. Bubur nasi dicampur dengan bermacam2 jenis sayur yg tak terkira banyaknya. Yelah, sayur tak payah beli. Petik2 je kat tepi rumah, di peranggan bandang (batas bendang), semak samun belakang rumah...hehe...semua ado. Sekarang ni dah tak tahu macam mana keadaannya. Mungkin sayur2 tu dah banyak yg kena beli... Itu la alkisah bubur asyura di kampung zaman dolu2.

Hari Asyura ni pulak selalu diraikan dengan ibadah puasa. Tahun ni puasa ikut nasihat ustaz2. Puasa 10 Muharram digandingkan dengan hari ke 9 atau hari ke 11 untuk mengelakkan persamaan dgn penganut fahaman yg lain. Alhamdulillah...harap2 u all pun diberi kemudahan untuk berpuasa. Bila cerita bab puasa ni, mesti nak masuk bab juadah berbuka puasa. Kali ni nak share ngan u all juadah berbuka puasa. Juadah ringkas, quiche ayam sayur-sayuran dan apam nasi. Jom kita tengok rupa apam nasi tu....


Ni le rupa apam nasi tu :)


Saya selalu masak apam ni tapi baru sekarang berkesempatan masuk dalam blog. Rasa macam dah penah letak, tapi lepas check balik takde pulak.

Resepi ni saya dapat dari internet. Maaf la tak pasti sumber dari mana. Saya dah olah sedikit daripada resepi asal. Kalau ikut resepi asal, kena guna 2 cawan tepung gandum & 2 cawan tepung beras. Saya kurangkan tepung beras dan lebihkan tepung gandum sebab kalau letak banyak tepung beras, apam ni rasa macam melekit2. Ni namanya 'derhaka resepi'...hehe. Jom kita tengok resepi suka2 hati ku ini...hehe

Apam Nasi

2 cawan nasi
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan gula 
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil/sudu teh yis (saya guna mauripan)
Pewarna kesukaan
Kelapa parut dan sedikit garam

1. Kisar nasi dan air sampai halus (guna blender).
2. Campurkan gula perang dan gula dan kisar lagi sampai sebati. 
3. Dalam bekas yg lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Gaul rata.
4. Masukkan adunan nasi dan gula tadi ke dalam campuran tepung dan yis. Kacau rata.
5. Masukkan pewarna kesukaan, kemudian perap adunan selama 3 jam.
6. Selepas 3 jam, panaskan kukusan. Masukkan adunan apam ke dalam acuan2 kecil dan kukus selama 15 minit.
7. Selepas 15 minit, angkat dan sejukkan. Boleh dihidangkan bersama kelapa parut yg dicampur sedikit garam.

Tips: Campurkan pewarna sebelum adunan diperap.Selepas diperap dah tak boleh digaul2 lagi, nanti apam tak kembang. Elok letak pewarna sebab nanti apam akan nampak pucat (macam orang pulak...hehe). Semasa mencedok adunan, kaut (ambil) dari bawah. Adunan mendap selepas diperap. Kalau ambil bahagian atas, nanti rasa macam makan apam angin...hehe. Satu lagi, kukus kuih selepas air kukusan mendidih. Nanti baru le apam pecah....hehe. Pastikan air kukusan tu banyak...

Haa...dah banyak tips nih. Kalau tak jadi, meh le berguru sekali lagi...hehe...

Selamat mencuba tau...
 

No comments:

Post a Comment