Tuesday 27 December 2011

Jalan-jalan Singapura

Di depan pintu masuk Universal Studio. Kenapa muka Aliyah tu?
 Alhamdulillah, tahun ni ada kesempatan untuk bawa anak-anak makan angin ke Singapura. Perjalanan menggunakan kereta api mengambil masa lebih kurang 7 jam utk sampai ke Woodlands. Kat sana kami satu family disambut oleh Kak Azrinah dan Ustaz Asmadi yg sudi meluangkan masa bawa kami jalan-jalan di Singapura.

Pagi tu kami breakfast di Harbour Front, dapat makan mi siam Singapura yg sedap tu. Pastu terus pegi naik kabel ke Pulau Sentosa. Macam gayat je naik kabel tuh....haha. Dari stesen kabel tu, kami terus ke Universal Studio naik shuttle bus. Ramainya manusia kat situ...maklum le hari Ahad merangkap hari Krismas. Lenguh kaki beratur untuk naik ride kat situ. Kat transformers ride tu kena tunggu sejam baru boleh naik. Masa nak balik ke Harbour Front, kena beratur panjang utk naik kabel. Pendek kata, masak le kat situ...hehe. Alhamdulillah, kami enjoy naik ride dan tengok show kat situ...tapi penat yaamat...

Malam tu dinner kat Arab Street, di Fika Cafe, restoran Swedish. Sedap makanan kat situ dan pada masa yang sama melayan penat dan ngantuk selepas seharian di Pulau Sentosa. Pastu terus check in di Hotel Summer View (Bencoleen Street), dan terus tebongkang...hehe.

Keesokan paginya, kami breakfast di kedai mamak dekat ngan hotel. Harga makanan...pejam mata jelah. Kalau convert dollar tu, kalah harga Restoran Kayu Nasi Kandar. Alhamdulillah, sedap juga makanan kat situ. Pastu kami jalan-jalan di sekitar Bencoleen Street sebelum check out dari hotel.

Wajah baru masjid Kampung Siglap

Hari tu kami makan tengahari di Pasar Geylang. Alhamdulillah...sedapnya menu makanan kat sana. 'Tourist guide' kami tu memang excellent... Saya ni bukan la peminat sotong kangkung, tapi sotong kangkung kat Geylang ni sedap sangat. Kami satu family memang enjoy makan kat situ. Sape nak datang Singapura, jangan lupa singgah kat Pasar Geylang ni. Hati pasti tertambat...hehe.

Petang tu kami jamak & qasar di masjid Kampung Siglap yang baru dibina semula selepas terbakar dua tahun lepas. Dari masjid tu kami bertolak ke East Coast Parkway, tengok pemandangan laut. Boleh nampak kapal-kapal besar & sesekali boleh nampak flight yang nak landing di Changi Airport.

Pastu kami terus ke Esplanade, bangunan macam durian tu...hehe. Bangunan ni dibina untuk pertunjukan kebudayaan, muzikal dan kesenian. Masa kami pegi tu, boleh tengok banyak visual arts, hasil kesenian yang unik & sempat lagi shopping secara kecil-kecilan...hehe...kat kedai-kedai dalam bangunan tu.

Esplanade - Theatres on the Bay

World Above the Clouds - tampalan dinding di Esplanade
 Malam tu kami jamak & qasar di Masjid Sultan, Arab Street. Pastu terus serbu Restoran Singapore Zam Zam yang famous ngan murtabak sedap. Memang sedap murtabak kat kedai ni. Tah apa la bahan rahsia dalam tu ye...Dalam pukul 10 malam, kami dah bersiap sedia untuk naik bas balik ke KL. Bas delay sampai pukul 12 malam. Penat menunggu, tapi Alhamdulillah...banyak pengalaman manis selama 2 hari kat sana.
 
Masjid Sultan, Arab Street
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan untuk Kak Azrinah dan Ustaz Asmadi yang sanggup melapangkan masa untuk kami sekeluarga. Jazakalluhu khairan kathira. Semoga Allah memberi kelapangan di dalam setiap urusan, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment