Saturday 31 December 2011

Bulikan ke kampung

 Salam. Wayah ni tengah menikmati kesejukan udara kampung selepas hujan pagi tadi. Anak-anak paling seronok sebab boleh jumpa atuk dan nenek. Yang paling best tu mesti la jalan-jalan beli jajan ngan atuk.

Malam semalam bawa abah dengan umak makan di Restoran Cenderawasih di Kuala Gula Sanctuary Resort. Nyaman gak makan kat sini.

 Dari restoran tu boleh tengok deretan chalet yang mengadap muara sungai. Kat situ ada juga orang me'unjun (memancing ikan). Ok juga tempat ni terutama lepas kena upgrade tahun lepas. Masa pegi tu air laut tengah pasang, jadi tak nampak la ikan belacak dan anak-anak ketam tepi paya bakau tu.

 Malam semalam kami order tomyam, ikan siakap, ikan sembilang dan beberapa lauk sampingan. Nyaman makan malam diringi angin laut dan bunyi alunan air sungai...chewah. Kalau datang Kuala Kurau tu, ayuhak singgah sini. Tak rugi...hehe.

Menu special, ikan sembilang masak masam manis.

Ikan siakap 3 rasa



No comments:

Post a Comment