Wednesday 8 June 2016

Lapis Sagu Banjar

Salam untuk semua kulaan...

Masa ulun buat entry nih, sudah 3 hari kita berpuasa. Dalam kepala ni macam-macam masakan banjar yang nak kena cuba masa bulan puasa nih. Apa dah jadi dengan bulan-bulan yang lain tuh??! Pengulir atau kada sawat? (Malas atau tak sempat?!...kikiki)

Alhamdulillah, hari ni berjaya siapkan Talam Sagu Banjar, resepi daripada Chef Asma. Rasanya memang sedap...nyaman banar... Campuran tepung hon kwee dan tepung kastard menjadikan talam ini begitu istimewa. Memang leceh nak membuatnya (3 layer tuh!!) tapi berbaloi. Jom kita tengok talam yang special nih...


Untuk kesan yang lebih dramatik lagi, ulun telah menggunakan sagu merah...hihi. Resepi asal guna sagu putih. Ni namanya derhaka resepi (macal eh!)

Ulun buat separuh bancuhan sahaja. Banyak tau. Tapi klu nak bagi kat jiran2 depan, belakang, kiri dan kanan rumah, boleh la buat ikut sukatan nih....hihihi. Dapat pahala tau. Klu buat banyak, kena guna loyang besar. Takut klu loyang kecik, nanti talam jadi tebal sangat. Ikut suka hati ye... Ok...jom kita tengok resepinya....(resepi asal, ulun buat separuh saja)

Lapis Sagu Banjar


Lapisan bawah:
45g tepung ubi
45g tepung hon kwee
75g tepung beras
75g gula pasir
220ml santan pekat
1/4 camca teh garam
150g gula merah + 380ml air (masuk sampai larut)

1. Satukan semua bahan, tapis ke dalam periuk. 
2. Masak sampai naik wap dan tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 25 minit.

Lapisan tengah:
200g sagu - cuci dan rendam selama 30 minit
50g kelapa parut + 1 camca teh garam (gaulkan)
60ml santan pekat
200ml air

1. Satukan semua bahan. Gaul rata.
2. Cakar permukaan lapisan bawah dan tuang adunan lapisan tengah.
3. Kukus 20 minit.

Lapisan atas: 
190g gula kastor
75g tepung kastard
300ml santan pekat
300ml air daun pandan
3 biji telur
1/2 camca teh garam
Pewarna hijau

1. Satukan semua bahan dan gaul rata.
2. Tapis ke dalam periuk dan masak sampai naik wap.
3. Tuang atas lapisan tengah.
4. Kukus selama 30 minit.

Selamat berpuasa untuk semua. Klu rajin tu, meh la buat talam ni. Sedapp...

Sampai jumpa lagi ye :)





No comments:

Post a Comment