Wednesday 17 September 2014

Maqlubah (nasi Arab)

As Salam semua...
Selamat bertemu lagi. Dah lama sangat tak update blog ni. Ramadhan & Syawal baru saja berlalu. Sibuk sebab anak nak amik upsr tahun ni. Exam memanjang... Alhamdulillah arini boleh update, cuti sempena hari kemerdekaan.

Kali ni nak share dengan u all resepi nasi maqlubah, resepi yg mudah daripada laman Asian Easy Chicken Recipe. Alhamdulillah...hubby & anak2 suka makan maqlubah. Mula-mula buat guna ayam, pastu guna kambing. Saya suka la bila masak guna ayam. Bila masak guna kambing tu, makan nasi jelah. Tak reti makan kambing....huhu...

Kalau nak makan maqlubah ni, kena terbalikkan atas talam atau dulang. Patutnya nasi ni terbentuk dengan cantik lepas diterbalikkan. Tapi maqlubah saya tu mcm koyak rabak je....hehe...

Jom kita tengok resepi maqlubah....

Proses menterbalikkan nasi :-)
Nasi maqlubah yang telah diterbalikkan ;-)


Nasi Maqlubah

Bahan-bahan 1:

1 kilo ayam - potong kecil
2 biji bawang besar (sederhana) - potong 4
1 cawan stok ayam
4 cawan air
1 biji tomato - didadu
1 camca teh garam/secukup rasa
1 camca teh rempah campuran (mixed spice)
1/2 camca teh serbuk kayu manis
1/4 camca teh lada hitam - ditumbuk
Secubit saffron, rendam dalam air panas atau 1/2 camca teh serbuk kunyit

Bahan 2:

2 cawan beras basmathi
2 biji terung (sederhana besar)
1 camca besar garam
2 biji tomato - potong 4
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (sederhana) - dihiris
1/2 cawan kekacang (optional)
Minyak untuk menggoreng terung

Cara memasaknya:
1. Masukkan ketulan ayam ke dalam periuk. Campurkan dengan bawang yg dipotong, tomato, garam, rempah campuran, serbuk kayu manis, stok ayam dan 4 cawan air. Saya tak guna stok ayam. Saya letak 5 cawan air dan setengah ketul kiub ayam.
2. Masak sampai ayam jadi lembut. Pastikan cecair yg tinggal dalam 3 cawan untuk memasak nasi. Asingkan ayam daripada air stok. Tapis air stok untuk memasak nasi nanti.
3. Cuci beras dan rendam selama 30 minit.Kemudian buang airnya dan ketepikan.
4. Potong terung dan goreng. Boleh juga dipanggang. saya guna magic pan yg disapukan sedikit minyak untuk masak terung. Kalau goreng macam biasa nanti nasi akan jadi terlalu berminyak.
5. Cairkan minyak sapi dan tumis bawang yg dihiris sampai wangi.
6. Tutup api dan susun ayam, terung , tomato dan sayuran lain (brokoli, kobis bunga atau lobak merah) ke dalam periuk. Masukkan beras dan ratakan ayam, terung dan tomato.
7. Tuang stok ayam daripada bahan 1.Masukkan garam. Masak sampai air kering.
8. Selepas masak, biarkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan besar.
9. Taburkan dengan kacang dan hidangkan panas. 

Sambal:
3 biji cili padi
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 biji tomato
Sedikit cuka
Garam dan guka secukupnya
(Kisar semua bahan dan sedia untuk dihidangkan)

Salad:
Timun, lobak merah, tomato - potong dadu
Bawang besar, cili hijau, cili merah - potong kecil
Sedikit minyak zaitun
(Campurkan semua bahan, kacau dan siap)

Kalau guna daging kambing, saya masak daging di dalam periuk tekanan bersama bahan-bahan lain selama 30 minit. Kiub ayam tu saya gantikan dengan kiub lembu. Harap2 lepas ni ada la kiub kambing plk...hehe

Resepi yg ringkas tapi sedap. Boleh buat sendiri kat umah. 

Selamat mencuba. Sampai jumpa lagi.
































 

No comments:

Post a Comment