Ikan Masak Taucu (My Style)
Tanggal 21 Februari 2012
Pemergian mengejut Abg Ajak menginsafkan diri saya betapa benarnya perkataan "kun fa yakun" itu...tidak cepat dan tidak lambat walau sesaat pun. Adakah saya dan kita semua sudah bersedia? Semoga kita semua turut menginsafi hakikat ini dan memperbaiki diri setiap saat dan setiap ketika kerana satu hari nanti kita semua pasti akan dipanggil....
Semalam saya begitu bersemangat nak buat new entry. Tiba-tiba kena migrain pulak. Terus off notebook dan mata pun 'off' sekali....hehe. Pagi ni Alhamdulillah....ok sikit. Saja nak share ngan u all resepi seterusnya. Chewah...macam banyak benar resepi chef ni...hehe. Dah tu...alang-alang dah suka memasak....kita bubuh je la apa yang boleh...hehe.
Selalu juga saya masak ikan taucu ni. Resepi ni saya tengok-tengok daripada resepi online, pastu buat style sendiri. Kalau ada yang berminat nak mencuba, ini resepinya:
Bahan-bahan:
Seekor ikan pisang (boleh juga guna ikan kembung, pelaling, dll)
Satu labu bawang besar (potong bulat atau separuh bulat)
3 biji bawang merah (dimayang)
3 biji bawang putih (dimayang)
Satu inci halia (hiris memanjang)
Beberapa biji cili padi (buang tangkai)
Beberapa biji cili merah dan hijau (buang biji dan potong besar-besar)
Satu sudu kecil biji sawi
Satu sudu makan taucu
Sedikit cuka, garam dan gula
Cara-caranya:
1. Bersihkan ikan dan cuci dengan air limau nipis. Potong kecil-kecil, letakkan garam dan kunyit. Goreng di dalam minyak panas, pastikan tidak terlalu garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Kemudian masukkan biji sawi.
3. Setelah bawang agak garing, masukkan taucu dan sedikit air. Tunggu sehingga mendidih, lepas tu tambah air (agak-agak cukup untuk tenggelamkan ikan).
4. Masukkan ikan. Lepas tu masukkan bawang besar, cili padi, cili merah dan cili hijau.
5. Akhir sekali masukkan sedikit cuka, gula dan garam. Kacau sekejap dan... dah siap.
Aritu ada best fren saya ni dok promote kedai pastri dia...Purple Pastry....nanti kita tengok ataupun 'terjah' kedai dia tu. Kalau sempat mungkin saya letak dalam next entry ok...
Terima kasih sebab sudi singgah....sampai jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment