Guangzhou-Shenzhen 2012
Salam untuk semua. Sudah lama kada bajumpaan leh...
Sekarang ni saya sedang menyesuaikan diri dengan cuaca negara kita yang agak panas. Dah beberapa hari terbuai dengan cuaca yg sejuk di Guangzhou, China. Sejuknya lebih terasa bila hari hujan. Rasa macam kaku je otot-otot muka menahan kesejukan.
Tima kasih utk boss my hubby yg baik hati sponsor lawatan kami ke Guangzhou dan Shenzhen. Masa hari pertama tu, penerbangan dengan MAS amik masa kira-kira 4 jam utk sampai di Guangzhou. Turun je kat Baiyun Airport tu, dah terasa kesejukan bandar Guangzhou ni. Dari airport tu kami terus dibawa ke kedai makan Muslim, Restoran Abdullah untuk makan tengahari. Di tempat yg sama kami semua menunaikan solat jamak dan qasar.
Beijing Street waktu malam |
Lepas makan dan solat, kami dibawa ke Beijing Street, tempat membeli-belah yang terkenal di Guangzhou. Ramai sangat orang shopping kat sini. Macam-macam boleh dapat kat sini. Ada handbag, baju-baju, cenderamata dan macam-macam lagi. Di celah-celah kesibukan jalan ni, jangan lepaskan peluang melihat jalan-jalan lama dinasti China terdahulu yang diletakkan di ruang legar, bertutup dengan lapisan kaca. Rasanya tarikan yg paling besar ialah barang-barang imitation pelbagai jenama mewah yg mempunyai kualiti tinggi, tetapi boleh didapati dengan harga berpatutan. Lepas makan malam, kami terus dibawa untuk check in di Hotel Euro Asia.
Hari kedua pula kami dibawa ke Sun Yat Sen Memorial Hall, Yue Xiu Park dan Five Ram Statue yg menjadi simbol bandar Guangzhou. Lepas tu kami dibawa ke pusat barang buatan kulit. Berlakulah 'fenomena rambang mata' bila sampai kat tempat macam ni. My hubby beli set manicure yg cantik-cantik utk bagi kat klien. Saya pula...hehe....rahsia...
Sun Yat Sen Memorial Hall |
Five Ram Statue |
Pastu kami dibawa ke Shang Xia Yu Street, tempat shopping yg juga terkenal di Guangzhou. Kalau nak dibandingkan, Beijing Street lebih menarik daripada tempat shopping ni.
Shang Xia Yu Street |
Masjid Huai Sheng |
Checkpoint sebelum masuk ke Shenzhen |
Pintu masuk ke maqam Saad Ibn Abi Waqqas |
Masjid Saad Ibn Abi Waqqas |
Lepas tu kami dibawa ke Haizhu Fabric Market utk shopping kain-kain pula...(shopping lagi dan lagi???). Tempat ni memang terkenal sebagai pusat borong dan jualan fabrik terbesar di China Selatan. Di sini boleh didapati sutera China yg boleh didapati dengan harga yg lebih murah. Pelbagai jenis kain dengan kualiti berbeza-beza boleh didapati di sini. Rambang mata tak habis-habis...hehe.
Alhamdulillah, hari kelima kami selamat sampai ke Malaysia dengan muatan yg berlebihan...hehe. Subhanallah...so much to learn, so much to see. Memang Ghuangzhou dan Shenzhen ni layak digelar "heavens for shoppers", tetapi banyak perkara lain yg menarik perhatian saya selain daripada aktiviti shopping yg non-stop itu....hehe.
Beberapa perkara yg mungkin saya boleh kongsikan utk sesiapa yg nak datang ke sini...berdasarkan pengalaman beberapa hari di sini...Jangan terkejut tengok tandas kat Guangzhou dan Shenzhen ni. Ada yang bersih dan tak kurang pula yg kotor dan berbau. Takde paip air dlm bilik tandas dan tiada bidet, dan yg paling teruk, dah la takde air, tisu tandas pun takde. Jadi, sebagai persediaan, bawa la botol mineral water yang kosong setiap kali nak pegi bilik air.
Seperkara lagi, berhati-hati apabila berurusan dengan peniaga di kaki jalan. Jangan sentuh, pegang atau tawar-menawar kalau tiada niat untuk membeli terutamanya barang-barang yg dibuat daripada kulit harimau. Kalau berlaku benda-benda kat atas ni, peniaga macam ni selalunya akan mengugut dengan senjata utk pastikan kita membeli barang-barang tadi (tidak berlaku kepada anggota rombongan, hanya pengalaman tourist guide).
Seboleh-bolehnya, usahakan utk belajar bahasa orang-orang sini. Hokkien dan Kantonis boleh digunakan. Kebanyakan orang di sini tidak pandai berbahasa Inggeris, hatta perkataan 'toilet' pun mereka tak tahu. Antara pengalaman yg agak melucukan, menyuruh anak buat aksi buang air utk tanya arah toilet dan meletakkan tangan di tepi telinga sebagai bahasa isyarat utk lembu, untuk pastikan asal-usul barangan kulit. Dan ada pula yg buat bunyi 'moo' utk pastikan barangan yg nak dibeli dibuat drpd kulit lembu...haha.
Tima kasih sebab sudi melayan entri yg agak panjang ini. Semoga berguna utk mereka yg berhajat bercuti atau makan angin di Guangzhou dan Shenzhen.
Saya berenti di sini dulu. Sampai ketemu lagi ye...
No comments:
Post a Comment