Saturday, 28 January 2012

Roti Berlapis Daging






Salam untuk semua....

Baru berkesempatan untuk update blog. Orang beraya, saya beraya juga. Tapi saya beraya sambil buat kerja. Buat planning untuk sepanjang tahun. Semoga tahun ni apa yang dicita-citakan akan tercapai...InsyaAllah.

Dalam entri kali ni, saya nak share resepi yang saya dapat daripada blog 1001 Resepi. Dah penah buat sebelum ni, tapi hasil pembuatan kali ni lebih baik...hehe.

Mudah saja nak buat lapis roti ni. Kepada sesiapa yang nak mencuba, ini resepinya:



Lapis Roti Berdaging

Bahan-bahan:

3 biji kentang – dipotong dadu

500g daging cincang

1 biji bawang besar - kisar

3 ulas bawang putih – kisar

1 camb serbuk kari

3 sudu makan minyak untuk menumis

12 – 14 keping roti

500ml susu segar

3 biji telur

Secubit garam

Parutan cheese (ikut suka)

Sedikit marjerin untuk melengser



Cara-cara:

1.        Tumis bawang yang dikisar. Kemudian masukkan rempah kari, tumis sampai naik bau. Masukkan daging cincang, kentang dan garam.

2.        Pukul telur, susu dan secubit garam.

3.        Celupkan roti di dalam bancuhan dan ramas-ramaskan roti tadi.

4.        Ratakan 1/3 bahagian roti tadi di dalam acuan yang dilengser.

5.        Letakkan separuh daripada  kentang dan daging yang dimasak ke atas lapisan roti tadi. Selang-selikan kedua-dua bahan sehingga habis (3 lapisan roti, 2 lapisan kentang dan daging).

6.        Taburkan parutan cheese.

7.        Bakar dengan api sederhana selama 30-45 minit (saya letakkan suhu 180’C).

8.        Setelah masak, boleh dihidangkan.


Sehingga bertemu lagi ye...





Wednesday, 18 January 2012

Sambal Hijau Baiduri

Bertemu kembali. Dalam entry kali ni, saya nak share resepi yang saya dapat daripada satu kedai makan kat ofis saya tu. Dah lama tercari-cari resepinya, kada tahu ma'ulah.

Alhamdulillah, nasib baik satu hari tu dapat juga resepi daripada tukang masaknya...hehe. Tapi resepinya saya dapat secara general je...takde sukatan...huhu.

Ini resepi versi saya, kalau tak jadi...jangan marah aa...salah air tangan sendiri aa...(nakalnya aku!!)

3 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau (boleh tambah kalau nak lebih pedas)
6 biji buah petai (biji petai tau, jangan ambik satu papan, confirm kada jadi... hehe)
4 helai daun limau purut
Sebiji bawang besar (saiz sederhana)
2 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis
Sebiji limau kasturi

Mula-mula sekali, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan selepas itu masukkan cili hijau, cili padi, bawang besar, bawang putih dan petai. Jangan goreng garing sangat, nanti tak hancur ditumbuk. Sebelum angkat, masukkan daun limau purut (goreng sekejap saja).
Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng ke dalam lesung batu atau blender. Tambahkan sedikit minyak untuk memudahkan bahan-bahan ni ditumbuk (jangan letak air...hancuss nanti). Perahkan limau kasturi dan garam sebelum ditumbuk. Boleh ditumbuk kasar atau halus. Saya tumbuk kasar sebab ada masalah penyakit M...hehe.


Selamat mencuba ye....



Telur Dadar Sardin



Tiba-tiba pula teringat nak masak telur dadar ni. Setelah sekian lama...hehe. Resepi masakan ni saya dapat daripada jiran Siam saya. Senang sangat nak buat terutama untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja.

Bahan-bahan:
1 tin besar sardin
3 biji telur ayam
4 biji cili padi (boleh kurangkan atau tak perlu letak kalau nak bagi anak-anak makan)
Sedikit kicap cair

Mula-mula asingkan sardin daripada kuahnya. Buang isi perut ikan serta tulangnya, kemudian hancurkan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul, cili padi yang telah dipotong kecil-kecil dan sedikit kicap cair (saya letak kicap masin, pasal tu telur dadar ni gelap semacam je...hehe).

Goreng macam nak buat telur dadar yang biasa tu. Pastikan api kecil agar telur dadar ni masak rata. Bila dah masak, angkat dan hidangkan. Sesuai untuk makan tengahari atau makan malam.

Sampai jumpa lagi...





Tuesday, 17 January 2012

Keli Masak Kuning


Saya tak pasti pula ni masakan Banjar atau tidak. Tapi resepi ikan ni saya dapat daripada umak. Umak saya pula dapat resepi ni daripada Mak Teh yang pernah bermastautin (badiaman) lama di Parit Abas.

Ini la masakan feberet saya masa kecik-kecik dulu, terutama lepas 'menimba'....hehe. Tahu tak apa tu?? Itu le projek mengosongkan telaga kecil dan bila air dah mengering, terjun dalam telaga tu dan tangkap ikan yang banyak tuh. Pastu ikan yang banyak-banyak tu dijual, sebahagiannya buat wadik (pekasam Banjar) dan yang lain pula dibakar atau dibuat masak macam kat atas ni...wallah...sedapp....manis sangat rasa ikan tuh.

Masakan ni senang je nak buat. Boleh juga letak ikan puyu atau ikan kembung. Sebaik-baiknya gunakan ikan baru atau ikan segar. Mula-mula mesin atau tumbuk sedikit cili kering yang dicampur dengan bawang merah dan kunyit. Campur bahan yang dimesin ke dalam ikan dan gaulkan. Panaskan minyak, tuangkan ikan yang telah dicampur dengan cili mesin tadi. Biarkan seketika. Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk dan campurkan air (sampai menutupi paras ikan). Tambah garam secukupnya. Dah siap. Kurang kalori....takde santan...hehe.

Sampai jumpa lagi ye....







Monday, 16 January 2012

Pai Ayam


Salam semua...dalam entry kali ni saya nak share masakan yang saya buat malam semalam, pai ayam. Resepi ni saya amik daripada buku Norzailina Nordin. Tapi saya tak ikut sebiji-sebijik la. Patutnya guna acuan pai, tapi sebab acuan tu agak besar, saya guna acuan tat je. Kepada yang nak mencuba, kat bawah ni saya bagi resepi asalnya.

Bahan-bahan:
200g isi ayam (cincang halus)
300g ubi kentang (dikupas dan dikiub 1 cm)
3 camb minyak
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 camb rempah kari daging
1 1/2 camb pes cili
100-150 ml air
1 camt garam masala
2 biji cili merah, cincang halus
100g sayuran campur
garam secukupnya

Bahan pastri:
200g tepung serbaguna
1/2 camt garam
100g marjerin
4-5 camb air sejuk
1 biji kuning telur (untuk pengilat)

Cara membuat inti:
1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang sampai layu. Masukkan kentang dan kacau selama 3 minit.
2. Masukkan ayam, rempah kari, pes cili dan air. Renehkan sampai ayam empuk. Kemudian bubuh garam masala, cili merah, sayuran campur dan garam.
3. Kacau rata dan biarkan sejuk.

Cara membuat pastri dan pai:
1. Gaulkan tepung dengan garam. Adunkan marjerin ke dalam tepung sampai rata. Campurkan air sedikit demi sedikit sampai adunan menjadi doh. Bungkus doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
2. Canai pastri setebal 5 mm dan terap dengan acuan bulat. Terap juga bulatan yang kecil sedikit sebagai penutup pai. Alaskan acuan pai dengan pastri yang besar.
3. Sudukan inti ayam ke dalam acuan pai. Tutup dengan pastri yang kecil dan hias dengan baki pastri.
4. Sapukan dengan kuning telur kemudian bakar pada suhu 200'C selama 40-45 minit hingga keemasan.

Selamat mencuba...










Friday, 6 January 2012

Kelalapon






Bertemu lagi. Bila tengok gambar kat atas ni, mesti ada yang tanya...kenapa kuih ni macam kuih buah melaka je? Kat atas tu nama lain pulak??

Ye betul...memang ni kuih buah melaka atau onde-onde. Orang banjar panggil kuih ni kelalapon. Macam mana nak buat? Cari je resepi buah melaka...haha. Amun kada tahaga, tanya la sama ulun...hehe.

Ni saya buat masa balik kampung aritu. Tepung pulut tu diuli dengan air dan campuran air pandan. Boleh letak pewarna hijau kalau nak bagi kaler kuih cantik. Bila adunan dah siap, ambil sedikit daripada adunan tu, masukkan gula melaka atau gula merah sebagai inti dan bulatkan. Imbah tu, masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Boleh diangkat selepas kuih ni timbul di permukaan air panas tu. Angkat dan golekkan di atas kelapa parut bercampur garam. Dah siap la tu.

Bila makan kuih ni, macam 'ralit' je. Satu satu masuk dalam mulut. Badan pun makin berat je...huhu...

Sampai jumpa lagi....



Thursday, 5 January 2012

Balungan hayam


 Salam, bertemu kembali. Sibuk sikit begawi dua tiga hari ni, buat policy servicing dan kes-kes baru. Mukaddimah entry arini ialah gambar pokok kacang landir atau kacang lendir, atau dlm bahasa omputeh, jari jemari perempuan (ladies' fingers)...hehe. Ni antara pokok-pokok yang abah saya tanam di kampung. Segar mata bila tengok pokok-pokok menghijau ni....


Yang ni pulak wadai tradisional orang banjar - balungan hayam. Tak pasti pulak nama lain untuk kuih ni. Takde resepi khusus untuk buat kuih ni. Ni pun umak saya yang ma'ulah. Setahu saya umak guna tepung pulut, campur dengan santan dan air daun pandan, pastu di adun. Boleh campur pewarna hijau kalau nak bagi kaler kuih ni cantik.

Inti kuih ni dibuat guna kelapa parut yang agak muda (niyur anum), campur ngan gula merah dan gula putih. Masak sampai sebati. Senang je nak balut kuih ni. Amik tepung yang diadun tadi, letak atas daun pisang, masukkan inti, balut dengan kemas dan masukkan ke dalam pengukus. Pastikan air kukusan panas, baru letakkan kuih ni diatasnya. Kukus sampai masak. Dah siap...