Thursday, 29 December 2011

Penakuk


Salam...kita bertemu lagi. Ni tengah rajin update blog...hehe...

Bila sampai je musim raya cina, rami bangat la. Wayah ni la ada Prosperity McD...feberet hubby tu. Wayah ni gak la ada timbunan limau-limau di pasaraya dan hypermarket. Limau ni beli kat giant malam semalam. Orang guringan, saya tulakan shopping...hehe. Ni feberet si Aliyah dan umak dia....hehe.

Lewat petang tadi, saya dengan bersemangatnya buat satu lagi kuih tradisi orang Banjar, wadai penakuk. Masa kukus tu, bau dia arum bangat sebab ada campuran air daun pandan. Resepi ni amik daripada blog Periuk Tanah, buat double untuk setiap bahan daripada resepi asal. Mmm...arum dan nyaman. Ni resepinya...tulis...tulis...hehe...

Bahan-bahan:
2 biji telur
2 cawan santan daripada sebiji kelapa
1 cawan tepung beras
4 camca besar tepung gandum
1 cawan gula
1 camca teh garam
1 cawan air pandan (8 helai daun pandan dikisar dengan 1 cawan air)
sedikit pewarna hijau

Cara ma'ulah:
1. Panaskan pengukus
2. Campur semua bahan dalam mangkuk adunan. Gaul hingga sebati dan gula hancur.
3. Masukkan ke dalam loyang bulat 6" dan kukus selama 30 minit atau sehingga wadai masak.
4. Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.

Sehingga bertemu lagi ye...

Translation...(tengah rajin ni...hehe)
rami bangat = seronok sangat
wayah ni = sekarang ni
guringan = tido
tulakan = pergi
umak = emak
wadai = kuih
arum = wangi
nyaman = sedap
ma'ulah = membuat
feberet = bahasa omputeh hancur...hehe

3 comments:

  1. Assalamualaikum.salam taaruf ;-)
    Suka bc ayat2 bhs banjar akak.sy nk ckp reti sikit banar.sy suka msk.tp skrg tgh gian kumpul resepi kuih bahari.handak mulakan projek msk kuih2 tradisional org2 banjar n kenalkan kpd anak2.mohon save resepi ni.tengQ :-)
    - Kulaan bandar baru bangi -

    ReplyDelete
  2. و عليكم السلام و رحمة الله و بركاته

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan utk kulaan. Klu sudi, jom follow blog ulun nih...tq...

    ReplyDelete