Salam. Wayah ni tengah menikmati kesejukan udara kampung selepas hujan pagi tadi. Anak-anak paling seronok sebab boleh jumpa atuk dan nenek. Yang paling best tu mesti la jalan-jalan beli jajan ngan atuk.
Malam semalam bawa abah dengan umak makan di Restoran Cenderawasih di Kuala Gula Sanctuary Resort. Nyaman gak makan kat sini.
Dari restoran tu boleh tengok deretan chalet yang mengadap muara sungai. Kat situ ada juga orang me'unjun (memancing ikan). Ok juga tempat ni terutama lepas kena upgrade tahun lepas. Masa pegi tu air laut tengah pasang, jadi tak nampak la ikan belacak dan anak-anak ketam tepi paya bakau tu.
Malam semalam kami order tomyam, ikan siakap, ikan sembilang dan beberapa lauk sampingan. Nyaman makan malam diringi angin laut dan bunyi alunan air sungai...chewah. Kalau datang Kuala Kurau tu, ayuhak singgah sini. Tak rugi...hehe.
Salam...kita bertemu lagi. Ni tengah rajin update blog...hehe...
Bila sampai je musim raya cina, rami bangat la. Wayah ni la ada Prosperity McD...feberet hubby tu. Wayah ni gak la ada timbunan limau-limau di pasaraya dan hypermarket. Limau ni beli kat giant malam semalam. Orang guringan, saya tulakan shopping...hehe. Ni feberet si Aliyah dan umak dia....hehe.
Lewat petang tadi, saya dengan bersemangatnya buat satu lagi kuih tradisi orang Banjar, wadai penakuk. Masa kukus tu, bau dia arum bangat sebab ada campuran air daun pandan. Resepi ni amik daripada blog Periuk Tanah, buat double untuk setiap bahan daripada resepi asal. Mmm...arum dan nyaman. Ni resepinya...tulis...tulis...hehe...
Bahan-bahan:
2 biji telur
2 cawan santan daripada sebiji kelapa
1 cawan tepung beras
4 camca besar tepung gandum
1 cawan gula
1 camca teh garam
1 cawan air pandan (8 helai daun pandan dikisar dengan 1 cawan air)
sedikit pewarna hijau
Cara ma'ulah:
1. Panaskan pengukus
2. Campur semua bahan dalam mangkuk adunan. Gaul hingga sebati dan gula hancur.
3. Masukkan ke dalam loyang bulat 6" dan kukus selama 30 minit atau sehingga wadai masak.
Di depan pintu masuk Universal Studio. Kenapa muka Aliyah tu?
Alhamdulillah, tahun ni ada kesempatan untuk bawa anak-anak makan angin ke Singapura. Perjalanan menggunakan kereta api mengambil masa lebih kurang 7 jam utk sampai ke Woodlands. Kat sana kami satu family disambut oleh Kak Azrinah dan Ustaz Asmadi yg sudi meluangkan masa bawa kami jalan-jalan di Singapura.
Pagi tu kami breakfast di Harbour Front, dapat makan mi siam Singapura yg sedap tu. Pastu terus pegi naik kabel ke Pulau Sentosa. Macam gayat je naik kabel tuh....haha. Dari stesen kabel tu, kami terus ke Universal Studio naik shuttle bus. Ramainya manusia kat situ...maklum le hari Ahad merangkap hari Krismas. Lenguh kaki beratur untuk naik ride kat situ. Kat transformers ride tu kena tunggu sejam baru boleh naik. Masa nak balik ke Harbour Front, kena beratur panjang utk naik kabel. Pendek kata, masak le kat situ...hehe. Alhamdulillah, kami enjoy naik ride dan tengok show kat situ...tapi penat yaamat...
Malam tu dinner kat Arab Street, di Fika Cafe, restoran Swedish. Sedap makanan kat situ dan pada masa yang sama melayan penat dan ngantuk selepas seharian di Pulau Sentosa. Pastu terus check in di Hotel Summer View (Bencoleen Street), dan terus tebongkang...hehe.
Keesokan paginya, kami breakfast di kedai mamak dekat ngan hotel. Harga makanan...pejam mata jelah. Kalau convert dollar tu, kalah harga Restoran Kayu Nasi Kandar. Alhamdulillah, sedap juga makanan kat situ. Pastu kami jalan-jalan di sekitar Bencoleen Street sebelum check out dari hotel.
Wajah baru masjid Kampung Siglap
Hari tu kami makan tengahari di Pasar Geylang. Alhamdulillah...sedapnya menu makanan kat sana. 'Tourist guide' kami tu memang excellent... Saya ni bukan la peminat sotong kangkung, tapi sotong kangkung kat Geylang ni sedap sangat. Kami satu family memang enjoy makan kat situ. Sape nak datang Singapura, jangan lupa singgah kat Pasar Geylang ni. Hati pasti tertambat...hehe.
Petang tu kami jamak & qasar di masjid Kampung Siglap yang baru dibina semula selepas terbakar dua tahun lepas. Dari masjid tu kami bertolak ke East Coast Parkway, tengok pemandangan laut. Boleh nampak kapal-kapal besar & sesekali boleh nampak flight yang nak landing di Changi Airport.
Pastu kami terus ke Esplanade, bangunan macam durian tu...hehe. Bangunan ni dibina untuk pertunjukan kebudayaan, muzikal dan kesenian. Masa kami pegi tu, boleh tengok banyak visual arts, hasil kesenian yang unik & sempat lagi shopping secara kecil-kecilan...hehe...kat kedai-kedai dalam bangunan tu.
Esplanade - Theatres on the Bay
World Above the Clouds - tampalan dinding di Esplanade
Malam tu kami jamak & qasar di Masjid Sultan, Arab Street. Pastu terus serbu Restoran Singapore Zam Zam yang famous ngan murtabak sedap. Memang sedap murtabak kat kedai ni. Tah apa la bahan rahsia dalam tu ye...Dalam pukul 10 malam, kami dah bersiap sedia untuk naik bas balik ke KL. Bas delay sampai pukul 12 malam. Penat menunggu, tapi Alhamdulillah...banyak pengalaman manis selama 2 hari kat sana.
Masjid Sultan, Arab Street
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan untuk Kak Azrinah dan Ustaz Asmadi yang sanggup melapangkan masa untuk kami sekeluarga. Jazakalluhu khairan kathira. Semoga Allah memberi kelapangan di dalam setiap urusan, Insya Allah.
Dah lama tak buat karipap ni....maklum le...pengulir....hehe. Apa? Tak faham? Bagus...bagus...bagus...
Kali ni saya letak daging cincang untuk inti. Kalau ikut resepi yang cikgu saya bagi tu (chewah...ada cikgu tu...), boleh juga guna ayam atau ikan bilis dicampur dengan ubi kentang untuk buat inti.
Budak-budak kat umah ni, macam biasa la...bantai sampai abis. Boleh le buka gerai jual karipap lepas ni...hehe (perasan sikit...)
Karipap ni boleh disimpan dalam freezer untuk beberapa hari. Kali ni takde simpan pula....dah habis...hehe.
So, enjoy la ye tengok gambar karipap ni. Resepi saya tak bagi sebab.....kulir....hehe.
Relaks....relaks...memang makaroni ni bukan makanan orang banjar. Ikam semua tuh tak buka blog yang salah...hehe. Cuma nak share ngan ikam tu menu makanan semalam. Ni la makanan feberet hubby dan anak-anak. Kebetulan ada anak-anak saudara kat umah saya ni, saya jamu la diaorang makan ni. Abih licin diaorang belasah....hehe.
Resepi makaroni ni saya amik daripada majalah Rasa, resepi simple dan cepat untuk disiapkan. Sesuai sekali untuk anak-anak sebab makaroni ni tak pedas.
Bahan-bahannya:
300g makaroni
250g daging cincang
4 biji telur (dipukul hingga kembang)
3 sudu makan rempah kari daging
2 labu bawang besar - dicincang
1 tin susu cair
Sedikit keju parut untuk ditabur
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Rebus makaroni hingga empuk dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama rempah kari sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan kacau rata sampai daging masak.
4. Lepas tu masukkan susu, garam dan gula. Kacau rata.
5. Masukkan makaroni dan air, kacau sampai mendidih.
6. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
7. Tuangkan telur dan taburkan keju parut ke atas adunan.
Tiba-tiba je teringat nak buat kuih kalakatar ni. Kuih ni cukup popular di kalangan orang Banjar. Masa bulan posa kalau balik kampung mesti cari kuih ni dulu. Paling nyaman kalakatar yang dijual di pasar Ramadhan Batu 5, dekat ngan Parit Buntar. Sekarang ni dah teringin sangat nak makan, kena la ma'ulah sendiri...hehe.
Resepi ni saya amik dari fb Ana. Thanks, Ana. Ikam buat tau, jangan tak buat. Takkan nak telan air liur je...haha...
Kalakatar
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
6 cawan air kelapa muda (klu nk kuih keras sikt, boleh letak 5 cawan air)
2 cawan isi kelapa muda
1/2 sudu teh garam
Cara membuatnya:
1) Campurkan dan gaulkan tepung, gula, telur, garam dan air kelapa di dalam satu bekas.
2) Setelah campuran tadi sudah digaul sebati, tapiskan ia ke dalam periuk...utk pastikan tiada tepung yg berketul
3) Masak adunan dalam periuk (guna api sederhana) hingga naik wap (sentiasa gaul)
4) Kemudian masukkan ke dalam dulang yg disapu dengan sedikit minyak
5) Taburkan isi kelapa muda, bakar selama 1 1/2 jam dgn kepanasan 200'C .
Tips: Resepi ni perlukan 2 biji niyor anum. Imbah masak, wadai ni lambik sikit. Masukkan dalam peti es. Baru elok dipotong. Ada yang suka makan panas-panas guna sudu. Kalau nak diikutkan namanya, kalakatar bermaksud 'ketika panas'. Jadi suka ati ikam le nak makan panas atau sejuk.
Ada juga teka-teki dalam bahasa banjar ni ye. Ni teka-teki yang saya petik daripada blog Cikgu Rosmah Abdullah. Kelakar jugak org Banjar ni. Bisa meulah urang tatawaan :D
Dalam banyak-banyak air, air yang paling wane? .......... Air terjun, amun kada wane kada tajun.
Dalam banyak-banyak air air apa yang panyupan? .......... Air ambun - kada purun keluar siang.
Napanya yang dibawa supaya kada humap? .......... Papat.
Ni first time ma'ulah wadai kipeng. Ada orang panggil wadai gayam dan ada juga yang panggil kikicak. Selalu urang ma'ulah wadai kipeng ni masa nak buat doa selamat atau nak meraikan orang yang nak tulakan buat haji. Masa kecik-kecik bahari, kalau nak makan wadai kipeng, umak ma'ulahkan. Wahini kena buat sendiri le...
Ni resepi nak ma'ulah wadai kipeng, amik daripada forum banjar. Wadai ni buat guna tepung pulut, diuli dengan sedikit garam dan air kapur. Sukatan tu agak-agak je. Trial and error...hihi. Bancuhan yang saya buat ni agak lembik, maklum la...first time. Nasib baik ikam semua boleh tengok foto je...hihi. Bentukkan tepung yang diuli macam bentuk platlet darah.
Kalau tepungnya dalam 400g, guna santan daripada setengah biji kelapa (jangan buat cair sangat), 3 cawan air, gula putih, gula merah atau gula melaka (manis ikut suka) dan jangan lupa letak daun pandan. Masakkan gula merah/ gula melaka dan gula putih dengan air tadi. Masukkan daun pandan sekali. Masak sampai gula menjadi cair. Kemudian tapiskan air gula tadi. Masukkan semula ke dalam periuk. Campurkan dengan santan. Bila dah mendidih sedikit, masukkan adunan tepung yang dah dibentuk tadi. Tunggu sampai adunan tepung tu timbul. Dah siap le wadai kipeng tuh...
Jemput makan semua...kalau ada yang nak mencuba, semoga berjaya...