Wednesday, 28 January 2015

Air detox

Salam untuk semua....

Bila orang buka blog ni, mesti ramai yang pelik. Kata blog banjar, tapi tak banyak cerita pasal banjar pun?! Siap tabuat (terselit-selit) bahasa urang puteh pulak tu...

Don't worry....hehe....i'm learning...ok. Sebenarnya mencabar juga nak set up blog macam ni dengan segala kekangan yang ada. Tak perlu la saya ceritakan semua, tapi antara lain cabarannya ialah mencari sumber untuk dimuatkan dalam setiap entry blog nih. Last-last (huh...broken) masukkan je apa yang saya rasa patut...haha.

Bertenang...bertenang....insyaaAllah....setelah kufikirkan (chewah) saya akan memasukkan resepi dan cara hidup dimana datuk dan nenek saya berasal, dari daerah Kalimantan, terutama sekali dari Kalimantan Selatan. Banjar totok, kadang-kadang dia cakap apa, ulun pun tak faham :) Tunggu tau....

Untuk entry kali ni, nak share dengan kulaan semua air detox buatan sendiri. Boleh masukkan oren, lemon, limau nipis, limau kasturi. Tapi jangan masukkan biji ok, nanti air tu jadi pahit. Boleh juga masukkan strawberi dan daun pudina. Simpan dalam peti ais semalaman dan esoknya boleh diminum. Senangkan...



Selamat mencuba. Sampai jumpa lagi. Salam ceria untuk kulaan semua :))

Wednesday, 21 January 2015

Kerepek Arrowhead (ngaku)

Salam untuk semua kulaan

Tadi baru belek-belek kalendar, nak check cuti tahun ni. Cuti untuk Januari 2015 dah habis....hehe. Bulan Februari pulak ada cuti sempena Thaipusam dan Hari Raya Cina. Bila cakap pasal raya ni, banyak benda belum buat lagi ni. Buah limau belum beli lagi....dah jadi resmi tahunan beli limau dalam kotak merah tuh... Tahun ni tambah satu lagi suka, beli arrowhead pulak. Arrowhead? Apa tuh?!


 Ni la rupa arrowhead atau ngaku. Sedap digoreng untuk dijadikan kerepek. Banyak jual kat giant dan aeon big. Masa saya beli aritu, pekerja kat situ pelik, siap tanya lagi; "ini boleh makan ke?" Saya jawab, boleh makan, saya buat goreng...hehe.






Ini la kerepek arrowhead. Senang je nak buat. Kupas kulit, potong nipis-nipis, masukkan sedikit air garam, pastu goreng. Kurangkan garam, kalau masin sangat tak sedap. Kerepek ni lemak dan sedap, kalau dah makan tu memang leka...hehe.

Selamat mencuba ye. Nak pergi cari limau pulak lepas ni.

Sampai jumpa lagi.

Muqaddimah 2015

Salam untuk semua...

Bertemu lagi selepas dah lama sangat tak berblog. Huh...blog ni dah penuh sawang, nasib baik belum berkulat...hehe.

Apa habar kulaan? Ulun doa semoga semuanya sihat-sihat belaka...

2014 sudah berlalu. Membawa pelbagai cerita suka dan duka. Kapal terbang hilang, kapal terbang kena tembak, banjir berskala besar....begitu banyak airmata yg tumpah, banyak kehilangan nyawa, begitu banyak penderitaan... Semoga apa yg berlaku membawa keinsafan untuk kita semua. Sama-sama kita membantu setakat yg termampu dan berdoa supaya Allah mempermudahkan urusan mereka yg ditimpa musibah dan semoga mereka redha dengan ujian ini.

Sama-sama juga kita doakan semoga tahun 2015 ini membawa harapan baru untuk kita semua meneruskan kehidupan dan berazam untuk melakukan yg lebih baik dari semalam. Ingatlah firman Allah dalam surah al Insyirah; "Sesungguhnya dengan kesusahan itu, akan datangnya kesenangan". Bak kata orang puteh..."sentiasa ada cahaya di hujung terowong"...

Jangan kita bergundah gulana merintih nasib yg buruk.Berfikirlah dengan positif dan bertindaklah dengan positif. Semoga tahun 2015 ini menjanjikan satu kehidupan yg lebih baik untuk kita semua...Insyaa Allah.

Sampai jumpa lagi. Bye for now ;-)

Tuesday, 7 October 2014

Aidil Adha: Kulaan, Merina'an & Kengkawanan

As Salam....

Salam Aidilfitri untuk semua pengunjung blog ulun nih. Masa buat entry ni, laptop buat hal pulak. Slow tahap siput....Ni mesti dah kena hack ngan sorang budak tuh....haish...

Masa hari raya tu ada le saudara & kawan-kawan datang beraya kat rumah. Kalau ada yg belum tahu, kulaan dan merina'an tu maknanya saudara, mak dan bapak saudara, anak saudara dan sepupu sepapat. Saudara bau bacang pun termasuk dalam kategori nih....hehe. Kengkawanan tu maknanya kawan-kawan.

Ada la masak sikit2 nak jamu tetamu yg datang. Ada menu tradisi ketupat & kuah kacang, lemang dan rendang. Kuah kacang dan rendang amik  resepi kak hanieliza...Alhamdulillah...sedap. Ketupat segera je dan lemang ready made...huh tak kuasa nak buat lemang sendiri....

 Sempat juga buat maqlubah kambing. Haru biru nak pusing maqlubah, nasib baik ada hero-hero tolong buat keje. Terima kasih untuk anak-anak saudaraku yg rajin tolong siapkan hidangan raya. Tak sempat nak snap gambar maqlubah...huhu  

   Ini la manisan yang sempat kusiapkan, agar-agar roti dan kek karamel coklat kukus. Macam buruk je rupa kek tu, tapi rasanya mabeles....(chewahh...angkat bakul....tolong angkat bakul orang yg share resepi nih...terima kasih...)


Orang sibuk masak crepe, ulun sibuk buat bunga crepe....hehe


Itulah cerita hari rayaku. Terima kasih untuk semua saudara dan kawan-kawan yang datang. Lepas ni sibuk pasal hal pindah rumah pulak. InsyaAllah saya akan berpindah ke utara. Mudah-mudahan saya ada masa yg banyak untuk update blog ni lagi. Jangan la sampai berlumut pulak....huhu

Barilaan utk semua. Sampai jumpa lagi.


Friday, 3 October 2014

Salam Aidil Adha

As Salam, semua...

Tanggal 5 Oktober 2014, 10 Zulhijjah 1435H






Salam Aidil Adha saya ucapkan untuk semua pengunjung semua pengunjung blog ulun nih. Semoga selamat dlm perjalanan balik ke kampung. Kepada yang tak balik beraya, selamat sambut raya kat umah sendiri (macam saya le...huhu).....


Semoga ibadah korban diterima disisiNya dan semoga beroleh pahala dan keberkatan di bulan yg mulia ini...insyaAllah

Friday, 19 September 2014

Diet protein

Salam untuk semua...

Pernah ke u all dengar org Banjar kata "urangnya lamak...". Lamak di sini bermaksud gemuk, terlebih berat badan, berisi, terlebih isi...(hehe), mungkin juga obese dan perkataan yg sewaktu dengannya. Err...'mak' dlm perkataan tu disebut macam kita sebut perkataan 'mug'... klu betul sebutannya, confirm boleh jadi org Banjar ;-)...

Saja timbulkan isu lamak ni sebab encik hubby tengah on diet. Nak kurangkan berat badan yg dah terlebih...dah masuk dalam kategori yg disebutkan di atas...hehe. Doktor rekomen diet minimakan karbo, lebihkan protein bersama sedikit sayur dan buah-buahan.... Hai...mencabar gak tu. Encik hubby ni asal dari Penang. Dah biasa sangat makan nasi, kuah kari, roti canai, dan macam2 makanan yg tinggi dengan karbo dan lemak...hehe. Terpaksa la ye, encik hubby. Untuk kesihatan... insyaAllah...





Inilah sebahagian daripada bahan-bahan yg ada dalam menu diet peringkat pertama tu. Ada minyak zaitun, salad, oat, sayur dan buah. Alhamdulillah, encik hubby boleh ikut diet macam ni. Kena belajar makan salad omputeh...hehe...




 Inilah dia rupa salad telur yg dicampur dengan cuka balsamic. Dressing ni saya dapat drpd kawan saya, orang Jerman. Rasa dia ok la.... Saya rasa saya lebih sukakan mayonis atau thousand island....hehe....

Jom kita tengok camno nak buat dressing cuka balsamic ni....



Balsamic Vinaigrette

(Menghasilkan 1 cawan)
3/4 cawan minyak zaitun (extra virgin)
1/4 cawan cuka balsamic
Garam
Lada hitam
Bawang putih (dicincang)
Optional: Gula perang atau madu, serbuk oregano, bawang merah dicincang.

Campurkan semua bahan dalam mangkuk, perasakan garamnya dan dah siap... boleh gunakan sikit2, campurkan dalam salad. Baki dressing boleh disimpan di dalam peti ais. Untuk encik hubby, saya campurkan salad dengan putih telur yg telah direbus atau sosej yg telah dikukus.

Selamat diet ye, encik hubby.


Ok u all....nanti datang jenguk2 lagi blog ku ini. Sampai jumpa lagi....




Quiche ayam

Salam untuk semua...

Tersebut la alkisah kertas UPSR kena repeat sebab soalan bocor. Hai....kalau dah masuk dalam whatsapp, itu namanya bocor secara besar-besaran :-D Yang tensionnya, anak teruna kecik ku itu amik upsr tahun ni. Ingat boleh fokus kat exam kafa, rupa2nya upsr tak settle lg...huhu. Sabar anakku...Allahu musta'an.... Segala yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah saya & hubby tak buat planning nak bawa anak2 jalan2 lepas exam sebab nak uruskan hal pindah rumah. Kalau tidak...habis hancuss semua perancangan...hehe. Semoga semua pihak yg terlibat, harap bersabar. Banyak pengajaran yg boleh kita ambil drpd kes kebocoran ni. Huh...tak mau komen panjang2 laa...hanya menunggu tarikh keramat (30 sept) utk anakku settlekan exam dia tuh...

Masa cuti sekolah ni ada la masa nak masak-masak. Dok intai2 buku chef hanieliza, masak guna pemanggang ajaib (magic pan). Alaa...kalau takde magic pan pun boleh masak....

Kali ni nk share ngan u all quiche ayam yg saya dh cuba. Sebut betul2 ye..."keesh ayam".... Masakan omputeh tapi sedap je kat tekak ku. Macam makan makaroni bakar gitu. Tapi saya rasa mungkin lebih macam rasa gratin kentang...apa2 sajalah labu...janji sedap dimakan...hehe. Bila dh siap, anak mogok tak mau makan sebab banyak sayur. Maklum la diaorang tuh kan anti sayur2an....huhu. Saya & hubby je yg pulun....

 

Meh kita tengok resepi quiche nih...

QUICHE AYAM

2 sudu makan majerin
1 biji bawang holland*
3 biji ubi kentang*
1 batang lobak merah*
    *potong dadu
1 dada ayam (potong kecil)
1/2 cawan air
1 sudu makan lada hitam (kisar kasar)
5 biji cendawan butang (potong nipis)

Bahan B:
1 tin kecil kacang pis
1 capsicum hijau - potong dadu
3 biji cili merah*
1 batang daun sup*
   *cincang
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 camb oregano (optional)
Keju utk ditabur

Cara membuatnya:
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sampai layu.
2. Masukkan isi ayam, ubi kentang, lobak merah, air dan garam. Masak sampai ayam masak. kalau guna magic pan, dalam 5 minit gitu.
3. Masukkan lada hitam & cendawan. Kacau rata. Tutup api.
4. Masukkan bahan B ke dalam sebuah bekas dan campurkan dengan ayam tadi. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang yg digris dengan majerin.
5. Bakar di dalam ketuhar dalam 45 minit. Kalau guna magic pan dalam 30 minit, api sederhana.
6. Sejukkan dahulu & boleh dihidangkan :-)

Saya tak pernah guna oregano. Capsicum pun jarang letak sebab dah banyak sayur. Pastu kat atas tu saya taburkan pizza topping brand Emborg. Keju cheddar pun boleh....

Selamat mencuba ye. Sampai jumpa lagi...tata titi tutu.....