Tuesday, 23 June 2015

Ramadhan 2015 (1436H)


Ramadhan Kareem...

Selamat berpuasa untuk semua pengunjung ke blogku ini. Bersama-sama kita meningkatkan ibadah kita pada bulan yang mulia ini...

Sunday, 3 May 2015

Roti Pisang

Salam untuk semua....

Ulun selalu melayari blog dan laman web Banjar di Kalimantan Selatan (Kal Sel). Banyak persamaan di antara orang banjar Kal Sel dan orang banjar di Malaysia nih. Antara yg menarik minat ulun ialah kesamaan juadah tradisional banjar di sana dan di sini.

Arini ulun nak share ngan u all resepi yg sedap dari Kal Sel, iaitu Roti Pisang. Resepi yg ringkas tapi sedap banget. Jom kita tengok camne nak membuatnya...







Roti Pisang

Bahan-bahan:
250g tepung gandum
125g gula pasir
1/4 sudu makan garam
sedikit esen vanilla
500ml santan (1/4 biji kelapa)
2 biji telur
Kelapa parut secukupnya
10 biji pisang awak atau pisang abu
Pewarna kuning

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, gula,garam dan vanilla. Kacau rata.
2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.
3. Masukkan telur, kacau sampai rata (adunan cair). Biarkan seketika.
4. Kupas pisang dan potong kecil-kecil.
5. Campurkan pisang dan kelapa parut. Kacau rata.
6. Panaskan acuan roti dan sapukan sedikit minyak masak.
7. Tuang adunan ke dalam acuan.
8. Tutup acuan dan masak di atas api kecil sampai masak.

Kuih ni ada acuan khas, macam acuan serabai tu, tapi acuannya lebih dalam. Ulun guna acuan serabai je. Tak kuasa nak pegi Kal Sel semata-mata nak beli acuan tuh...hehe... Santan tu pulak ulun guna santan kotak, cairkan sampai dapat 500ml. Kalau guna santan segar mesti lebih sedap.

Selamat mencuba ye. Sampai jumpa lagi

Karipap dan cucur roti

Salam untuk semua....

Apa habar kulaan? Harap semuanya wagas hajak (sihat2 saja). Alhamdulillah, boleh buat entry arini sempena cuti hari buruh & hari wesak. Masa cuti macam ni, ramai yg balik kampung atau jalan2 cuti2 Malaysia...hehe... Memandulah dengan berhati2, malang tak berbau. Kadang2 kita berhati2, orang lain pulak buat pasal. Semoga kita semua berada di dalam peliharaanNya...

Untuk yg duduk mengeram kat rumah tu, arini ulun nak kongsikan resepi ringkas terutama untuk hero2 kecil yg sedang membina badan...hehe

Pertamanya resepi karipap roti. Senang je membuatnya. Amik roti putih (tak kira la brand apa pun...hehe), canai menjadi nipis. Pastu masukkan ke dalam acuan karipap. Letakkan inti, ikut suka, sambal sardin ke, sambal ikan bilis ke, nak inti manis pun boleh... Pastu boleh goreng. Guna api sederhana, roti ni masak dengan cepat. Angkat dan boleh dihidangkan :)





Ni la rupa karipap roti. Ringkas dan senang membuatnya :)

Ulun nak kongsi satu lagi resepi ringkas menggunakan roti. Cucur roti namanya. Amik roti, dalam 5 atau 6 keping, potong kecil2, sebiji bawang besar di mayang, sedikit daun sup dan daun bawang, garam dan kalau suka boleh letak perasa. Ulun masukkan isi ikan sardin dalam tin yg dihancurkan. Campurkan semua bahan sampai sebati, pastu bentukkan bulat2. Pastu boleh goreng. Dah siap....


Ni rupa cucur roti tu. Ulun tak letak pun bawang dan daun sup. Nanti anak2 mogok tak mahu makan...huhu


Selamat mencuba. Selamat bercuti untuk semua. Sampai jumpa lagi...








Monday, 13 April 2015

Kalakatar lagi

Salam utk semua...

Selamat berjumpa lagi. Terima kasih sebab bersabar dengan fasa siput blog ku ini...hehe. Biasa la, kalau berblog bila ada masa, macam ni la jadinya...

Kali ni nak share ngan u all cerita Kalakatar versi ulangan....

Pic tak comel...malas nk touch up...hehe

Dengan semangatnya ku membakar kuih ni untuk jamuan family gathering minggu lepas. Entry kalakatar ni dapat hits yg tinggi, so arini nak share camne nak buat kalakatar yg sesuai teksturnya, tak keras dan tak lembik sangat. Kalau ikut resepi asal, guna 6 cawan air kelapa muda. Kali ni ulun guna 5 cawan je. Hasilnya sangat ok. Boleh dapat resepi kalakatar kat sini

Ok, selamat mencuba. Jumpa lagi...muahh...

Wednesday, 28 January 2015

Air detox

Salam untuk semua....

Bila orang buka blog ni, mesti ramai yang pelik. Kata blog banjar, tapi tak banyak cerita pasal banjar pun?! Siap tabuat (terselit-selit) bahasa urang puteh pulak tu...

Don't worry....hehe....i'm learning...ok. Sebenarnya mencabar juga nak set up blog macam ni dengan segala kekangan yang ada. Tak perlu la saya ceritakan semua, tapi antara lain cabarannya ialah mencari sumber untuk dimuatkan dalam setiap entry blog nih. Last-last (huh...broken) masukkan je apa yang saya rasa patut...haha.

Bertenang...bertenang....insyaaAllah....setelah kufikirkan (chewah) saya akan memasukkan resepi dan cara hidup dimana datuk dan nenek saya berasal, dari daerah Kalimantan, terutama sekali dari Kalimantan Selatan. Banjar totok, kadang-kadang dia cakap apa, ulun pun tak faham :) Tunggu tau....

Untuk entry kali ni, nak share dengan kulaan semua air detox buatan sendiri. Boleh masukkan oren, lemon, limau nipis, limau kasturi. Tapi jangan masukkan biji ok, nanti air tu jadi pahit. Boleh juga masukkan strawberi dan daun pudina. Simpan dalam peti ais semalaman dan esoknya boleh diminum. Senangkan...



Selamat mencuba. Sampai jumpa lagi. Salam ceria untuk kulaan semua :))

Wednesday, 21 January 2015

Kerepek Arrowhead (ngaku)

Salam untuk semua kulaan

Tadi baru belek-belek kalendar, nak check cuti tahun ni. Cuti untuk Januari 2015 dah habis....hehe. Bulan Februari pulak ada cuti sempena Thaipusam dan Hari Raya Cina. Bila cakap pasal raya ni, banyak benda belum buat lagi ni. Buah limau belum beli lagi....dah jadi resmi tahunan beli limau dalam kotak merah tuh... Tahun ni tambah satu lagi suka, beli arrowhead pulak. Arrowhead? Apa tuh?!


 Ni la rupa arrowhead atau ngaku. Sedap digoreng untuk dijadikan kerepek. Banyak jual kat giant dan aeon big. Masa saya beli aritu, pekerja kat situ pelik, siap tanya lagi; "ini boleh makan ke?" Saya jawab, boleh makan, saya buat goreng...hehe.






Ini la kerepek arrowhead. Senang je nak buat. Kupas kulit, potong nipis-nipis, masukkan sedikit air garam, pastu goreng. Kurangkan garam, kalau masin sangat tak sedap. Kerepek ni lemak dan sedap, kalau dah makan tu memang leka...hehe.

Selamat mencuba ye. Nak pergi cari limau pulak lepas ni.

Sampai jumpa lagi.

Muqaddimah 2015

Salam untuk semua...

Bertemu lagi selepas dah lama sangat tak berblog. Huh...blog ni dah penuh sawang, nasib baik belum berkulat...hehe.

Apa habar kulaan? Ulun doa semoga semuanya sihat-sihat belaka...

2014 sudah berlalu. Membawa pelbagai cerita suka dan duka. Kapal terbang hilang, kapal terbang kena tembak, banjir berskala besar....begitu banyak airmata yg tumpah, banyak kehilangan nyawa, begitu banyak penderitaan... Semoga apa yg berlaku membawa keinsafan untuk kita semua. Sama-sama kita membantu setakat yg termampu dan berdoa supaya Allah mempermudahkan urusan mereka yg ditimpa musibah dan semoga mereka redha dengan ujian ini.

Sama-sama juga kita doakan semoga tahun 2015 ini membawa harapan baru untuk kita semua meneruskan kehidupan dan berazam untuk melakukan yg lebih baik dari semalam. Ingatlah firman Allah dalam surah al Insyirah; "Sesungguhnya dengan kesusahan itu, akan datangnya kesenangan". Bak kata orang puteh..."sentiasa ada cahaya di hujung terowong"...

Jangan kita bergundah gulana merintih nasib yg buruk.Berfikirlah dengan positif dan bertindaklah dengan positif. Semoga tahun 2015 ini menjanjikan satu kehidupan yg lebih baik untuk kita semua...Insyaa Allah.

Sampai jumpa lagi. Bye for now ;-)