Sunday, 3 May 2015

Roti Pisang

Salam untuk semua....

Ulun selalu melayari blog dan laman web Banjar di Kalimantan Selatan (Kal Sel). Banyak persamaan di antara orang banjar Kal Sel dan orang banjar di Malaysia nih. Antara yg menarik minat ulun ialah kesamaan juadah tradisional banjar di sana dan di sini.

Arini ulun nak share ngan u all resepi yg sedap dari Kal Sel, iaitu Roti Pisang. Resepi yg ringkas tapi sedap banget. Jom kita tengok camne nak membuatnya...







Roti Pisang

Bahan-bahan:
250g tepung gandum
125g gula pasir
1/4 sudu makan garam
sedikit esen vanilla
500ml santan (1/4 biji kelapa)
2 biji telur
Kelapa parut secukupnya
10 biji pisang awak atau pisang abu
Pewarna kuning

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, gula,garam dan vanilla. Kacau rata.
2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.
3. Masukkan telur, kacau sampai rata (adunan cair). Biarkan seketika.
4. Kupas pisang dan potong kecil-kecil.
5. Campurkan pisang dan kelapa parut. Kacau rata.
6. Panaskan acuan roti dan sapukan sedikit minyak masak.
7. Tuang adunan ke dalam acuan.
8. Tutup acuan dan masak di atas api kecil sampai masak.

Kuih ni ada acuan khas, macam acuan serabai tu, tapi acuannya lebih dalam. Ulun guna acuan serabai je. Tak kuasa nak pegi Kal Sel semata-mata nak beli acuan tuh...hehe... Santan tu pulak ulun guna santan kotak, cairkan sampai dapat 500ml. Kalau guna santan segar mesti lebih sedap.

Selamat mencuba ye. Sampai jumpa lagi

No comments:

Post a Comment