Tuesday, 23 October 2012

Apam Seri Ayu

Salam untuk semua...

Beberapa hari lagi kita akan meraikan kedatangan Aidiladha. Mesti ramai yg berpusu-pusu nak balik kampung. Pastinya orang-orang Kelantan begitu teruja nak menyambut Aidiladha di kampung halaman...khabarnya begitu meriah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Apa-apa pun semoga selamat dalam perjalanan balik ke kampung.

Dalam entry kali ni, saya nak share dengan u all resepi Apam Seri Ayu. Dah lama tersimpan dalam koleksi tapi tak boleh nak update hujung minggu lepas sebab internet tak boleh connect...habis unifi, astro dan cctv rosak kena sambar petir. Tv & dvd player rosak juga. Kes tak beringat...huhu. Takpe...ujian...ujian...(mengadu ke nii...???)

Ini la dia rupa Apam Seri Ayu tu. Ayu tak...hehe...Resepinya dah tak ingat ambil dari mana. Kalau sesiapa yg rasa itu resepi dia, tolong la tag ye...hehe. Kalau ada yg berminat nak mencuba, ini resepinya...

Apam Seri Ayu
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 camca teh ovalette
1 camca teh perisa pandan
sedikit pewarna hijau
kelapa putih (campur dengan sedikit tepung gandum dan garam)

Cara membuatnya:
1. Pukul gula dan telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi.
2. Masukkan santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung dan pukul lagi sampai sebati.
3. Isikan kelapa putih dalam acuan seri ayu, tekan sedikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Pastikan air kukusan betul-betul mendidih, barulah kukus kuih tadi. InsyaAllah, kuih akan kembang elok dan tidak menjadi bantat. Gunakan api sederhana kerana jika dikukus guna api besar, kuih akan pecah, nanti tak elok rupanya... Lapiskan tudung periuk kukus dengan tuala kecil atau kain untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas kuih.

Selamat mencuba. Lain kali singgah lagi ye. Salam ceria...







No comments:

Post a Comment