Wednesday, 27 July 2016

Amparan Tatak

Salam untuk semua.

Rasanya belum terlambat lagi untuk ulun mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Damini urang rami bajalanan ka rumah terbuka. Sibuk sangat masa bulan puasa dan raya aritu. Tak sempat nak buat entry utk wish hari raya kat u all semua...maaf ya...

Selamat datang kembali ke blog ulun nih. Dalam entry ni, ulun nak berkongsi masakan yang selalu dimasak oleh umak masa ulun haloi dulu. Talam pisang atau Amparan Tatak namanya. Resepi ni ulun amik daripada blog resepi Kalimantan Selatan.



Amparan Tatak

(loyang kecil)

Bahan A:

3 biji pisang tanduk (dikukus dan dipotong-potong)
100g tepung beras
1/4 camca teh esen vanila
1/4 camca teh garam halus
100g gula pasir
350ml santan 

Bahan B:

60g tepung beras
200ml santan pati
1/2 camca teh garam

Cara-cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan A ke dalam suatu bekas. Kacau sampai adunan rata.
2. Masukkan pisang yang dipotong dan kacau sampai sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
4. Kukus selama 30 minit.
5. Sementara itu, siapkan adunan B. Campurkan semua bahan dan kacau sampai rata.
6. Tuang adunan B ke atas adunan A yang telah masak.
7. Kukus lagi selama 30 minit.
8. Tunggu kuih sejuk barulah boleh dipotong.

Ulun guna pisang berangan saja. Hasilnya bagus juga. Sedap jugak....hehe. Loyang tu ulun lapik dengan plastik supaya kuih mudah dipotong.

Bila masak kuih camni, teringat zaman bahari. Halam wadai tu maulah sandiri. Damini urang banyak manukar....

Sampai di sini dulu ye. Sampai jumpa lagi....

Wednesday, 8 June 2016

Lapis Sagu Banjar

Salam untuk semua kulaan...

Masa ulun buat entry nih, sudah 3 hari kita berpuasa. Dalam kepala ni macam-macam masakan banjar yang nak kena cuba masa bulan puasa nih. Apa dah jadi dengan bulan-bulan yang lain tuh??! Pengulir atau kada sawat? (Malas atau tak sempat?!...kikiki)

Alhamdulillah, hari ni berjaya siapkan Talam Sagu Banjar, resepi daripada Chef Asma. Rasanya memang sedap...nyaman banar... Campuran tepung hon kwee dan tepung kastard menjadikan talam ini begitu istimewa. Memang leceh nak membuatnya (3 layer tuh!!) tapi berbaloi. Jom kita tengok talam yang special nih...


Untuk kesan yang lebih dramatik lagi, ulun telah menggunakan sagu merah...hihi. Resepi asal guna sagu putih. Ni namanya derhaka resepi (macal eh!)

Ulun buat separuh bancuhan sahaja. Banyak tau. Tapi klu nak bagi kat jiran2 depan, belakang, kiri dan kanan rumah, boleh la buat ikut sukatan nih....hihihi. Dapat pahala tau. Klu buat banyak, kena guna loyang besar. Takut klu loyang kecik, nanti talam jadi tebal sangat. Ikut suka hati ye... Ok...jom kita tengok resepinya....(resepi asal, ulun buat separuh saja)

Lapis Sagu Banjar


Lapisan bawah:
45g tepung ubi
45g tepung hon kwee
75g tepung beras
75g gula pasir
220ml santan pekat
1/4 camca teh garam
150g gula merah + 380ml air (masuk sampai larut)

1. Satukan semua bahan, tapis ke dalam periuk. 
2. Masak sampai naik wap dan tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 25 minit.

Lapisan tengah:
200g sagu - cuci dan rendam selama 30 minit
50g kelapa parut + 1 camca teh garam (gaulkan)
60ml santan pekat
200ml air

1. Satukan semua bahan. Gaul rata.
2. Cakar permukaan lapisan bawah dan tuang adunan lapisan tengah.
3. Kukus 20 minit.

Lapisan atas: 
190g gula kastor
75g tepung kastard
300ml santan pekat
300ml air daun pandan
3 biji telur
1/2 camca teh garam
Pewarna hijau

1. Satukan semua bahan dan gaul rata.
2. Tapis ke dalam periuk dan masak sampai naik wap.
3. Tuang atas lapisan tengah.
4. Kukus selama 30 minit.

Selamat berpuasa untuk semua. Klu rajin tu, meh la buat talam ni. Sedapp...

Sampai jumpa lagi ye :)





Ramadhan Mubarak 1437H



Ramadhan Mubarak untuk semua yang sudi mengunjungi blog banjarku ini. Semoga urusan ibadah kita dipermudahkan dan diterima olehNya.

Tuesday, 1 March 2016

Festival Banjar 2016

As Salam utk semua...

Apa kabar kulaan semua? Harap semua wagas (sihat) saja. Dah lama juga tak update blog. Penat cuci sawang nih...hehe..

Arini nak cerita pasal Festival Banjar 2016, yg diadakan di Jalan Banjar, Bagan Serai, Perak. Walau pun hari agak panas, ku redah jua...hehe. Jom kita tengok apa yang ada kat sini.



Haa...ini banner festival. Dalam dewan tu la orang buat pertandingan sukaneka dan acara menggentel wadai kipeng. Ulun tak masuk bertanding le. Pegi tangkap gambar nak tayang2 kat blog nih....hihi


 Ni gambar pentas utama. Tengok tuh pahlawan kecik banjar tengah show off  kuntau banjar....hihi. Duduk jauh2 sikit ye. Nanti terbang dari kerusi...kiki


Ni gambar AJK program dok bagi ucapan. Mufti Perak, Dato Harussani pun ada datang. Dia pun banjar jugak!!

Ni la buaian anak orang banjar. Tak sempat nak tengok budak kena pukong. Nak balik cepat. Tak tau pukong tu apa??!

Ni le rupa budak kecik kena pukong. Gambar ehsan daripada surat kabar, blur sikit...hihi. Comei tak? Lena je tido bila kena pukong nih.


Gambar bawah: Ni la baju klasik si diyang, perempuan banjar terakhir....hihi. Orang sekarang dah tak pakai lagi. Ada dalam muzium je...hihi. Yang dalam almari emak ulun pun dah reput...huhu.

Ni t-shirt kulaan. Klu nak booking, cari je Mohd Akmal kat fb orang banjar. Nak translate...??! Atas permintaan sahaja...hihi

Ada buat pemeriksaan kesihatan percuma. Hmm...rugi kalau dilepaskan. Tengok2 BMI cukup menyedihkan. Hai...kena kurus nih....


Pisau belati dan keris asli orang Banjar. Kalau nak oder, boleh contact Angah Mail....hihi


Ni la gambar wadik, pekasam orang banjar. Rasa sangat masin, tak berani nak makan dah sekarang nih. Takut hyper...kikiki....Nak rasa sikit2 tu boleh lah. Nak lepaskan rindu pada kenangan zaman kanak2 dulu.


Anak daraku belajar hias cupcake. Ish...dah jauh evolusi orang banjar nih. Dah pandai buat cupcake. Kalakatar takde ke?


Produk orang banjar, kopi 3 dalam 1. Keluaran Sugih Enterprise....hihihi...kalau orang banjar baca ni mesti tersenyum2.... Berminat ke? Boleh le ulun jadi stokis nanti ;)

 Ini le rupa masigit lawas (masjid lama) yang terletak di simpang jalan masuk ke Jalan Banjar. Binaan yang menunjukkan ciri-ciri binaan klasik banjar. Masjid ni dah digantikan dengan masjid baru yang dibina di seberang jalan.

Alhamdulillah, sempat juga tengok warisan budaya banjar kat festival ni. Mungkin ada yg boleh ditokok tambah lagi. Tapi syabas diucapkan utk semua AJK yg pastinya bekerja keras utk menjayakan festival kali ni. Harap2 tahun depan boleh buat lagi program macam ni, insyaaAllah.

Dok cari juga orang jual kalakatar dan makmur inti kurma. Tak jumpa pulak. Mungkin lain kali boleh panggil chef handalan banjar datang masak2 resepi banjar....Orang Batu 5, jom le turun sekali. Ramai otai banjar kat situ tuh...

Ok kulaan, sampai jumpa lagi ye.
 







Friday, 22 January 2016

Garih Batanak

Salam untuk semua....

Apa kabar kulaan sebarataan? Lawas sudah kada berblog (lama dah tak update blog). Sekarang ni tengah sibuk membina website baru untuk promote produk muka. Tunggu tau pelancaran website ulun tuh...Oh ye...kalau ada yang berminat nak lariskan barangan dan perkhidmatan melalui facebook, sila klik kat sebelah kanan blog ulun ni ye. Klik je kat link akademi irfan khairi...mana la tahu kot-kot ada kulaan nak jual barang brand Banjar...boleh amik ilmu kat sini ....cekidout ok...

Baru-baru ni ada dapat jemputan ke festival banjar di Bagan Serai, Perak. Rasa macam excited sangat nak pegi. Nak ajak u all yang berkesempatan pegi sekali, kayuh baimbai. Harap-harap segala rancangan dipermudahkan Allah hendaknya.

Kepada yang berminat nak pegi, (kebetulan masa tu cuti tahun baru cina tau...) ulun letakkan poster jemputan kat sini ye:





Jom kita pegi ramai-ramai. Ayuha tulakan baimbaian... Mesti seronok kan. Ada kenduri wadai kipeng lagi tuh....Banyak sangat acara dalam festival tuh.... Jumpa di sana tau...;) ;)

Ok, macam biasa tak sah la kalau tak share resepi ngan u all. Dalam entry kali ni nak share resepi Garih Batanak, resepi asal dari masyarakat Banjar Kalimantan Selatan. Garih tu maknanya ikan kering. Rupa masakan ni macam masak lemak kita di sini. Ada berbagai versi resepi. Ada yang letak buah keras, tapi ulun skip je sebab ikut resepi versi lain pulak.

Ni la rupa garih batanak tu. Sebutan kena tanya orang Banjar ye. Kalau baca secara baku pun tak betul jugak. Ada dengung, idgham, atau qalqalah yang akan tertinggal...haha :P :D
Lepas ni boleh la ulun berangan-angan nak buka kelas loghat Banjar....hehe... Huh...merapu. Sebelum ulun merapu lebih panjang, jom kita tengok resepi yang special nih. Tengok jer dah telan air liurkan...haha...

Garih Batanak

100g ikan masin (talang, kurau, yang mana u all suka ye)
2 biji telur itik
3 biji bawang merah - mayang halus
1 biji bawang putih - mayang halus
2 biji belimbing buluh - dipotong kecil
1 inci kunyit - ditumbuk halus
1/2 biji kelapa
1 biji cili merah - belah dua
2 biji cili hijau - belah dua
1 inci lengkuas - ketuk
1 batang serai - ketuk
Garam (jika perlu)
Gula secukupnya

Cara-cara memasak:

1) Bersihkan ikan masin dan dipotong kecil-kecil.
2) Campurkan kunyit ke dalam kelapa parut dan perahkan untuk dijadikan santan sebanyak 2 gelas.
3) Rebus santan bersama bawang yang dihiris, cili yang telah dipotong, lengkuas dan serai yang telah diketuk. Biarkan santan mendidih.
4)Masukkan potongan ikan masin. Tambah garam (jika perlu) dan gula. Masak sambil dikacau-kacau sehingga ikan tadi masak.
5) Pecahkan telur itik. Jangan dikacau supaya telur itik cantik bentuknya.
6) Setelah telur masak sedikit, bolehlah dikacau perlahan-lahan.
7) Setelah masak, tutup api. Hidangkan dengan nasi panas.


Ok, sampai di sini dulu. Nanti kita jumpa di Bagan Serai ye...insyaaAllah...

Ba bye...




 

Friday, 30 October 2015

Apam Nasi

Salam utk semua...

Tahun baru hijrah 1437 sudah berlalu hampir dua minggu. Masih belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah :)

Macam biasa, selepas kehadiran tahun baru, menyusul pula hari Asyura (10 Muharram). Selalu kalau di Kuala Kurau, kat masjid dan surau-surau ada masak-masak bubur Asyura. Dulu masa kecik2 kat surau ada masak bubur Asyura sempena 10 Muharram. Bubur nasi dicampur dengan bermacam2 jenis sayur yg tak terkira banyaknya. Yelah, sayur tak payah beli. Petik2 je kat tepi rumah, di peranggan bandang (batas bendang), semak samun belakang rumah...hehe...semua ado. Sekarang ni dah tak tahu macam mana keadaannya. Mungkin sayur2 tu dah banyak yg kena beli... Itu la alkisah bubur asyura di kampung zaman dolu2.

Hari Asyura ni pulak selalu diraikan dengan ibadah puasa. Tahun ni puasa ikut nasihat ustaz2. Puasa 10 Muharram digandingkan dengan hari ke 9 atau hari ke 11 untuk mengelakkan persamaan dgn penganut fahaman yg lain. Alhamdulillah...harap2 u all pun diberi kemudahan untuk berpuasa. Bila cerita bab puasa ni, mesti nak masuk bab juadah berbuka puasa. Kali ni nak share ngan u all juadah berbuka puasa. Juadah ringkas, quiche ayam sayur-sayuran dan apam nasi. Jom kita tengok rupa apam nasi tu....


Ni le rupa apam nasi tu :)


Saya selalu masak apam ni tapi baru sekarang berkesempatan masuk dalam blog. Rasa macam dah penah letak, tapi lepas check balik takde pulak.

Resepi ni saya dapat dari internet. Maaf la tak pasti sumber dari mana. Saya dah olah sedikit daripada resepi asal. Kalau ikut resepi asal, kena guna 2 cawan tepung gandum & 2 cawan tepung beras. Saya kurangkan tepung beras dan lebihkan tepung gandum sebab kalau letak banyak tepung beras, apam ni rasa macam melekit2. Ni namanya 'derhaka resepi'...hehe. Jom kita tengok resepi suka2 hati ku ini...hehe

Apam Nasi

2 cawan nasi
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan gula 
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil/sudu teh yis (saya guna mauripan)
Pewarna kesukaan
Kelapa parut dan sedikit garam

1. Kisar nasi dan air sampai halus (guna blender).
2. Campurkan gula perang dan gula dan kisar lagi sampai sebati. 
3. Dalam bekas yg lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Gaul rata.
4. Masukkan adunan nasi dan gula tadi ke dalam campuran tepung dan yis. Kacau rata.
5. Masukkan pewarna kesukaan, kemudian perap adunan selama 3 jam.
6. Selepas 3 jam, panaskan kukusan. Masukkan adunan apam ke dalam acuan2 kecil dan kukus selama 15 minit.
7. Selepas 15 minit, angkat dan sejukkan. Boleh dihidangkan bersama kelapa parut yg dicampur sedikit garam.

Tips: Campurkan pewarna sebelum adunan diperap.Selepas diperap dah tak boleh digaul2 lagi, nanti apam tak kembang. Elok letak pewarna sebab nanti apam akan nampak pucat (macam orang pulak...hehe). Semasa mencedok adunan, kaut (ambil) dari bawah. Adunan mendap selepas diperap. Kalau ambil bahagian atas, nanti rasa macam makan apam angin...hehe. Satu lagi, kukus kuih selepas air kukusan mendidih. Nanti baru le apam pecah....hehe. Pastikan air kukusan tu banyak...

Haa...dah banyak tips nih. Kalau tak jadi, meh le berguru sekali lagi...hehe...

Selamat mencuba tau...
 

Wednesday, 28 October 2015

Pisang Sira

Salam untuk semua...

Lamanya tak update blog. Penuh sarang labah2 dah ni. Bab habuk tu jangan cerita la. Boleh dihembus-hembus dah...hehe...

Sian kat orang yg dok tunggu saya update. I'm back, dear. Chewah...macam baru sembuh dari kemurungan je bunyinya...heheh...Alhamdulillah...Allah bagi kelapangan utk update blog lagi. Apa habar kulaan seberataan? Harap semua wagas2 hajak. Masa buat entry ni, baru je clear pandangan daripada jerebu yg menggila untuk tahun 2015 nih. Anak2 yg exam, mak nyer yg tension sangat sebab exam kena tangguh angkara jerebu. Tiga kali kena paksa cuti, cuti kali ke 3 tu pulak berlanjutan sampai nak habis hari persekolahan. Sabar la anak2 ku...ini ujian. Orang klu cuti seronok. Yang ni jadi lain macam pulak sebab tak boleh buat aktiviti luar. Alhamdulillah...kami semua tak sakit2 masa jerebu nih...

Haih...panjang pulak kisah jerebu nih. Ok, kita lupakan kisah jerebu. Macam biasa nak share ngan u all semua resepi yg dah dimasak sepanjang tahun.......oops...mana ada...tahun ni macam malas je nak masak.
Ni resepi bila entah...dah ada dalam stor, korek2 buat keluar je lah.

Ni la rupa pisang sira. Klu tak silap ni resepi orang pantai timur. Betul ye? Nanti tak pasal2 kena maghah dengan mek!

Jom tengok camno nak buek pisang sira nih... 




Pisang sira

Beberapa biji pisang awak atau pisang abu
Gula ikut kemanisan yg disukai
3 atau 4 biji bunga cengkih
Dua helai daun pandan


Cara-caranya: Didihkan gula bersama sedikit air (agak-agak tenggelam pisang), bersama daun pandan dan bunga cengkih. Selepas air mendidih, masukkan buah pisang yg telah dibuang kulit. Masak sampai kuah jadi pekat. Saya cuma masukkan 2 sudu gula (lebih kurang 1 camca besar). Letak sikit dulu, klu kurang manis boleh tambah kemudian. Ini untuk mengelakkan sira jadi terlalu manis. Boleh juga gantikan gula putih dengan gula melaka. Tapi yg ori macam kat atas ni lah. Klu nak derhaka resepi lagi, blh guna gula perang dan gula merah. Versi yg saya penah buat la. Ok jugak rasanya.

Cubalah suka2 hati ye. Jangan bubuh kari atau sambal belacan dah la. Pengsan mokcik...

Ok semua...selamat mencuba...sampai jumpa lagi. Babye...