Sunday, 17 February 2013

Nasi tomato

Salam untuk semua...

Beberapa hari lepas, bandar Chelyabinsk, sebuah bandar di Russia telah terkena serpihan meteor.  Letupan meteor tu mencederakan kira-kira 1,000 orang penduduk bandar tu. Bukan sebab kena tembak dengan meteor tu, tapi sebab terkena serpihan daripada tingkap kaca yg pecah kesan daripada letupan meteor tu.


Gerun je dengar kisah macam ni... Dianggarkan besar batu meteor tu dalam diameter ialah 17 meter. Itu pun setelah sebahagiannya terbakar di udara!! Allah Maha Berkuasa, menjadikan fitrah alam sebegitu sempurna. Kalau tidak, entah besar mana la batu yg jatuh tu...mungkin juga satu negara boleh hilang dari peta dunia!! Na'uzubillah.... 

Kita tinggalkan dulu kisah meteor ni. Alhamdulillah...siang tadi masa jumpa doktor, doktor dah confirm saya dah betul-betul sihat. Baru la bersemangat nak update blog...hehe. Kalau tak, macam tension je...hari-hari kena makan ubat...rasa terawang-awang...barulah tahu nikmat kesihatan yg Allah bagi tu....Alhamdulillah, hanya Dia yg memberi kesembuhan....

Dalam entry kali ni, nak share dengan u all resepi Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah. Resepi asal daripada blog Kak Hanieliza. Kalau ada yg nak mencuba, kat sini ada saya sertakan resepinya...enjoy...



Nasi Tomato

Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi (cuci & rendam selama 20 minit, toskan)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato, cincang halus (saya guna 2 biji tomato je...)
1/2 cawan sos tomato
2 camb mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul
5 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris halus atau diketuk
3 biji buah pelaga*
1 biji bunga lawang*
3 biji bunga cengkih*
1 batang kayu manis* rempah tumis
Air, ikut sukatan beras
Garam secukup rasa

Bahan hiasan:
Kacang pis
Hirisan daun bawang/sup
Bawang goreng

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis sampai wangi.
2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos. Kacau dan biar masak.
3. Tuang susu dan air, masak sampai mendidih.
4. Masukkan beras dan garam (dalam anggaran 3/4 cawan teh). Gaul beras sampai rata. Masak seperti biasa. Balik-balikan nasi sehingga kering airnya. Jangan terlalu kerap mengacau nasi, nanti beras patah. Saya guna periuk nasi untuk menumis dan memasak nasi. Boleh juga masak di atas dapur, kemudian pindahkan ke periuk nasi.
5. Hias dengan hirisan daun sup, daun bawang, kacang pis dan bawang goreng.


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dibersihkan. Seelok-eloknya cuci dengan air tepung gandum. Gaul dengan garam dan kunyit, goreng 2/3 masak.

10 tangkai cili kering*
2cm halia*
4 ulas bawang putih*
2 labu bawang besar* dikisar

1 cawan sos tomato
2 biji tomato, dipotong dadu (saya guna sebiji je...)

Bahan hiasan:
1 biji bawang besar, potong bulat
Kacang pis secukupnya

Cara membuatnya:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan buah tomato dan sos tomato. Saya kurangkan sikit sukatan sos tomato sebab tak berapa suka kuah masam (saya guna kurang daripada 1 cawan). Agak-agak jelah ye...masak-masak ni memang macam tu...kena ikut citarasa sendiri...sebab kita sendiri yg nak makan...hehe).
2. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak lagi sampai kuahnya menjadi pekat. Kacau sekali-sekala.
3. Selepas kuah sudah pekat, masukkan bahan-bahan hiasan. Biarkan dalam 1 atau 2 minit. Kemudian padamkan api.


Selamat mencuba ye. Kalau ada yg rajin masak-masak tu, meh le letak feedback kat sini ok. Sampai jumpa lagi. Salam ceria....





Thursday, 14 February 2013

Daging Dendeng

Entry pertama untuk tahun 2013....

Salam untuk semua...

Januari 2013 sudah pun berlalu...sekarang baru la ada masa nak ketuk-ketuk laptop nih...huhu. Sibuk uruskan hal anak-anak masuk sekolah. Masa tu juga la badan nak sakit....Alhamdulillah....dh sihat pun. Takpe...ini semua ujian daripada Allah. Tahun ni my daughter, Aliyah Munawwarah dah masuk Darjah 1. Alhamdulillah, takde masalah dan tak meragam sebab dah masuk tadika dari usia 4 tahun. Saya berdoa semoga anak-anak saya ni diterangkan hati dalam menerima ilmu dan menjadi orang yang berguna suatu masa nanti....Amien.

Dah lama tak buat entry ni, dah banyak juga yg termiss...dan berlambak-lambak juga resepi nak share dengan u all...hehe. Sebelum tu nak share dulu beberapa perkara sebelum pegi ke segmen resepi tuh.

Pertamanya, nak share tentang sambutan Maulidur Rasul hujung bulan Januari lepas. Banyak orang buat sambutan dengan berarak membawa banner mengagungkan kelahiran besar, Nabi Muhammad sallahu alaihi wa sallam, walau pun terdapat perbezaan pendapat tentang boleh atau tidaknya perkara sebegini dibuat. Tapi bukan itu yg kita nak bincangkan kat sini dan saya kurang arif  juga nak bercakap pasal ni. Apa yg dapat saya kongsikan di sini ialah pengisian daripada usrah saya yg membincangkan tentang sifat Rasulullah sallahu alaihi wa sallam yg suka terlebih dahulu memberi salam, terlebih dahulu mnghulurkan tangan untuk bersalaman, dan memegang erat tangan para sahabat ketika bersalaman. Nabi kita itu 'warm person'....disenangi bila berada di mana-mana...'approachable', sentiasa mahu mendengar dan membantu. Teringat diri sendiri yg 'kurang mesra' (hehe...) bila jumpa orang untuk kali pertama. Dah warm up sikit baru la ok. Kena berubah ni....InsyaAllah...marilah kita bersama-sama menghargai orang-orang di sekeliling kita...ibu bapa kita, keluarga kita, saudara kita, sahabat kita, kenalan kita....ikutlah sunnah Rasul sallahu alaihi wa sallam....mungkin dari situ pintu rahmat akan terbuka....insyaAllah....

Perayaan tahun baru Cina baru saja berlalu. Sempat juga bawa anak-anak tengok tarian singa kat rumah jiran. Pegi sekejap je....anak komplen bising sangat. Kalau tak bingit telinga, bukan tarian singa namanya... Tu belum tambah bunyi mercun yg besar bagak tu....habis bising satu qaryah....hehe...Kalau tahun2 lepas selalu beli limau mandarin satu kodi, tahun ni tak boleh buat macam tu...doktor dah bagi warning, tak boleh makan citrus dan yg sewaktu dengannya. Cik abe pun dok tumpang bising sekali....nampak limau je...jeling2 je lah...huk huk...

Ok lah, kita lupakan dulu kekiciwaan itu... Kali ni nak share resepi masakan kegemaran hubbyku, Daging Dendeng. Resepi ni diambil daripada blog Mat Gebu, hasilnya memang sedap. Walau pun rupanya hitam legam, rasa sekali mesti nak lagi....hehe. 


Daging Dendeng

Bahan-bahan:
1 kilo daging
500g bawang merah (boleh juga dikurangkan)
20 - 25 tangkai cili kering*
20 biji bawang merah* (dikisar)
1 cawan gula melaka
1/4 cawan jus asam jawa pekat
3 camca besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Daging dipotong besar, rebus sampai lembut, toskan dan hiris nipis. Kemudian tumbuk hirisan daging tadi sampai leper. Ketepikan.
2. Hiris bawang merah dan goreng utk dibuat bawang goreng. Gunakan minyak gorengan bawang tadi untuk menggoreng daging yg telah dileperkan. Angkat dan toskan.
3. Tinggalkan minyak lebih kurang dalam 1/2 cawan. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Kemudian, masukkan gula melaka, jus asam jawa, garam dan kicap. Kacau rata dan masak dengan api perlahan sampai pecah minyak.
4. Rasa dan tambah apa yg perlu. Masukkan daging, gaul rata dan tambah bawang goreng. Kacau rata dan matikan api. Hidangkan.

Selamat mencuba ye. Sampai jumpa lagi. Salam ceria untuk semua....

Thursday, 6 December 2012

Selembar bayu terputus

                      Selembar bayu terputus pagi ini, 
                             bukan akhirnya perjalanan insan.
                                                          Abdul Ghani Hamid

Salam untuk semua...

Sabtu lepas saya dan suami dikejutkan dengan berita pemergian isteri dan anak kecil seorang rakan pejabat suami. Kedua-duanya meninggal di dalam sebuah kemalangan jalan raya di Kuala Kangsar. Pemergian yg tidak diduga, namun itulah ketentuanNya. Walaupun kami hanya sekali sekala berjumpa dengan arwah, banyak kenangan manis yg kami lalui bersamanya dan pemergiannya meninggalkan kesan yg mendalam di dalam jiwa kami....

Semoga Allah menempatkan arwah Siti Khadijah (isteri), Zulaikha (anak kecil) dan bayi di dalam kandungan bersama hamba-hambaNya yg terpilih. Semoga suami arwah diberi kekuatan untuk menempuh ujian berat ini dan juga diberikan kekuatan untuk membesarkan dua anak yg lain...Amien.

(sayunya hati menulis entri ini.....)


                                   ****************************************** 

Khitan & Balik Kampung

Dari rumah arwah di Pulau Pinang, kami bertolak ke Kuala Kurau. Alhamdulillah, sempat juga menyempurnakan khitan anak jantan saya tu walaupun rancangan asal sudah berubah. Kalau diikutkan anak tu akan berkhatan di Kota Damansara, tapi sebab dah balik ke utara, kena la ubah plan...

Macam biasa, bila balik kampung ni, macam-macam aktivitinya. Antara yg menarik, meninjau pokok-pokok kat keliling umah kampung. Subhanallah....Terapi yg paling sesuai untuk kepala yg serabut...hehe. Tenangnya pagi hari dengan pokok-pokok dihujani titis-titis embun....dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa...(nak meraban la tu...buat entri pulak tengah2 malam...) Biarlah foto-foto kat bawah ni je yg menceritakan segalanya...

Cantik juga bunga kucai ni...


Ini pun cantik juga...Subhanallah...titis embun tu la yg paling mahal....

Gambar kulat pun nak amik??? Nasib la kan....kan kulat tu seni....hehe...

Ni pokok labu ajaib...kaler bunga menyucuk-nyucuk bijik mata....atau pun kamera ku yg overexposed....huhu....

Comel dan manis...

Ntah apa la nama pokok nih....tapi pink daunnya itu menawan lensa kameraku...hehe

Pokok ati-ati...ni feberet umak....

Pokok buah naga...abah tak trim...sayang katanya...semak pokoknya, tak berani pegi dekat, takut ada ulor....

Ni pokok feberet umak...emm...cantik

Pokok keladi lagi......tapi yg ini dalam buangan....lupa nak curi bawa balik....hehe....

Itu le serba sikit kisah entri kali ni. Banyak iktibar yg boleh diambil daripada pengalaman hidup kita dan juga pengalaman hidup orang lain. Manusia hanya mampu merancang....tapi Allah menentukan segalanya. Dan sesungguhnya Dia tahu apa yg terbaik untuk hambaNya....

Terima kasih kerana sudi berkunjung. Salam ceria....



Thursday, 15 November 2012

Dari Utara ke Selatan, Dari Jitra ke Legoland

2 Muharram 1434H

Salam untuk semua...

Semasa tengah buat entry ni, terbatuk-batuk depan laptop, diserang selesema gara-gara banyak makan angin...hehe.

Alhamdulillah, minggu lepas kami sekeluarga ke Jitra, Kedah untuk meraikan karnival sukan ofis suami. Kes mengekor la ni...hehe. Sebelum tu sempat juga singgah di Pulau Pinang dan berjumpa dengan Ukhti Shareeza Saniff. Syukur...dah lama tak jumpa sahabat saya ni...banyak benda nak dikongsikan bersama. Banyak perkara yg dapat saya pelajari daripada Kak Ija. Dan...sempat juga pekena roti nan dan ayam tandoori Restoran Kapitan yg menjadi kegemaran saya masa duduk di sana dulu. Sekarang ni kena tunggu turun Penang la, baru boleh makan...huk huk...

Dari Pulau Pinang kami bermalam di Alor Setar, rumah Abg Fuad dan Kak Jawahil. Alhamdulillah...sambil berjalan-jalan, dapat juga merapatkan ukhuwwah dengan rakan-rakan dan saudara mara. Seronok dapat jumpa saudara-mara. Hari berikutnya kami check in di Hotel Bustani, Jitra. Ok juga hotelnya. Tak sempat nak snap gambar...hehe.

Lepas check out dari hotel tu, kami terus menuju ke Teluk Intan untuk memenuhi undangan daripada Pak Ngah Jamil dan Mak Ngah Salabiah ke majlis perkahwinan anak perempuan mereka, Wahida. Terima kasih untuk Pak Ngah dan Mak Ngah sekeluarga sebab meraikan kedatangan kami walau pun kami sampai lepas majlis berakhir. Banyak cabaran diperjalanan sebelum sampai rumah ke rumah Pak Ngah ni. Hujan lebat dan kemalangan di lebuhraya melambatkan perjalanan kami. Terus ikut jalan lama je...Alhamdulillah, kami selamat sampai. Untuk Wahida dan Syamsul, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...insyaAllah.

Masa cuti Deepavali tu pulak, kami sekeluarga bertolak ke Muar. Menziarahi keluarga angkat saya, keluarga Che Hamid di sana. Ibu angkat saya, Puan Harishah Abdullah baru sahaja meninggal dunia. Lawatan saya ke sana mengimbau kembali saat-saat semasa saya bersama dengan keluarga ini lebih kurang 20 tahun yg lepas. Makcik Harishah yg saya kenali merupakan seorang insan yg baik dan pemurah. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman, Amien.

Tangki air pakai tanjak di Jalan Merlimau/Jasin


Timbunan padi di kilang beras Che Hamid yg sempat kami lawati
 Petang harinya kami terus menuju ke Johor Bahru. Terpaksa menempuh hujan lebat yg kerap kali berlaku sejak kebelakangan ni, terutama di waktu petang. Alhamdulillah...cik abang maintain kental (hehe...) sehingga kami sampai ke destinasi. Kami check in di Pulai Springs Resort, Jalan Pontian Lama. Boleh tahan juga hotel ni, tapi tak dapat tengok pemandangan laut...

Bilik penginapan di Pulai Springs Resort

Pagi esok tu kami check out dan terus menuju ke Legoland di Medini, Nusajaya. Menarik tempat ni dan banyak tarikan di sini masih dalam dalam pembinaan. Harap2 Legoland ni akan menjadi pesaing kepada Universal Studio Singapura. Jom kita tengok apa yg menarik kat sini...

Arca mini: Star Cruise
Arca mini: Taj Mahal...menghitung hari untuk melihat yg real...
Arca mini: Putrajaya, KLCC
Arca mini: Masjid Putrajaya
Arca mini: Suria KLCC



 
Pemandangan daripada Menara Tinjau
Anak-anak la paling seronok...sekolah dah cuti, masa utk enjoy...
Kami bertolak balik ke rumah petang tu. Lengkap la perjalanan utara-selatan ni...hehe. Lenguh satu badan sebab lama sangat duduk dalam kereta. Perjalanan yg panjang di tambah dengan kesulitan sebab hujan dan trafik yg sesak dan kemalangan. Alhamdulillah...di sebalik segala halangan, tercapai juga hajat kami untuk sampai ke mana yg kami rancangkan.

Kepada sesiapa yg nak berjalan-jalan musim cuti sekolah ni, berhati-hatilah memandu. Hujan yg lebat mengurangkan darjah visibiliti. Macam cakap mat saleh tu "expect the unexpected". Yang penting, berhati-hati dan berjaga-jaga, dan berdoa semoga Allah memberi perlindungan dan keselamatan kepada kita.

Sampai di sini dulu ok. Sampai jumpa lagi. Salam tahun baru...   

Kek Oren

Salam untuk semua...

Bulan Zulhijjah baru saja berlalu. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1434 untuk semua.Beberapa hari lagi, insyaAllah emak dan abah saya juga akan balik dari tanah suci. Saya doakan semoga mak dan abah selamat pulang ke tanah air, semoga perjalanan mereka berdua sentiasa di dalam lindungan dan rahmatNya, insyaAllah.

Sebenarnya entry ni dah lama saya simpan. Semenjak Aidil Adha dulu...hehe. Tapi kalau nak cerita panjang pasal hari raya tu, macam dah basi la pula...Tapi kat sini saya selitkan salah satu resepi masakan yg saya buat masa raya aritu. Kek ni emak selalu buat masa saya kecik-kecik dulu. Ini masanya untuk saya buat pulak...hehe. Resepinya saya amik daripada laman MyResepi, resepi daripada Junn. Kalau ada yg berminat nak mencuba, kat bawah ni ada resepinya...  

Kek Oren

Bahan-bahan:
250g tepung gandum
175g gula halus
175g mentega
2 camca besar susu segar
1 camca teh serbuk penaik (baking powder)
1 atau 2 sudu teh parutan kulit oren
3 biji telur
jus daripada sebiji oren
1/2 camca teh garam

1. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan garam.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu demi satu.
4. Masukkan tepung, parutan kulit oren, susu segar dan jus oren. Pukul sebati.
5. Bakar hingga masak (45 minit - 1 jam) 

Selamat mencuba. Sampai jumpa lagi.

Sunday, 28 October 2012

Salam Aidil Adha

Eid Mubarak saya ucapkan untuk semua pengunjung blog ini. Semoga segala ibadah korban yg kita lakukan akan diterima dan diberkatiNya...Amien.

Tuesday, 23 October 2012

Apam Seri Ayu

Salam untuk semua...

Beberapa hari lagi kita akan meraikan kedatangan Aidiladha. Mesti ramai yg berpusu-pusu nak balik kampung. Pastinya orang-orang Kelantan begitu teruja nak menyambut Aidiladha di kampung halaman...khabarnya begitu meriah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Apa-apa pun semoga selamat dalam perjalanan balik ke kampung.

Dalam entry kali ni, saya nak share dengan u all resepi Apam Seri Ayu. Dah lama tersimpan dalam koleksi tapi tak boleh nak update hujung minggu lepas sebab internet tak boleh connect...habis unifi, astro dan cctv rosak kena sambar petir. Tv & dvd player rosak juga. Kes tak beringat...huhu. Takpe...ujian...ujian...(mengadu ke nii...???)

Ini la dia rupa Apam Seri Ayu tu. Ayu tak...hehe...Resepinya dah tak ingat ambil dari mana. Kalau sesiapa yg rasa itu resepi dia, tolong la tag ye...hehe. Kalau ada yg berminat nak mencuba, ini resepinya...

Apam Seri Ayu
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 camca teh ovalette
1 camca teh perisa pandan
sedikit pewarna hijau
kelapa putih (campur dengan sedikit tepung gandum dan garam)

Cara membuatnya:
1. Pukul gula dan telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi.
2. Masukkan santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung dan pukul lagi sampai sebati.
3. Isikan kelapa putih dalam acuan seri ayu, tekan sedikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Pastikan air kukusan betul-betul mendidih, barulah kukus kuih tadi. InsyaAllah, kuih akan kembang elok dan tidak menjadi bantat. Gunakan api sederhana kerana jika dikukus guna api besar, kuih akan pecah, nanti tak elok rupanya... Lapiskan tudung periuk kukus dengan tuala kecil atau kain untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas kuih.

Selamat mencuba. Lain kali singgah lagi ye. Salam ceria...