Thursday, 19 April 2012

Sotong Masak Hitam

****Tanggal 19 April 2012, mengembalikan nostalgia tahun 2001....

Salam untuk semua...

Tiba-tiba rasa teringin pulak memunggah resepi-resepi lama yang saya pernah copy + paste....hehe....mana ada...resepi yang saya salin daripada buku masakan masa saya mengajar di SMK Kuala Kurau tahun 2001. Masa tu bujang lagi la....hehe. Di antara buku yang saya masih ingat ialah buku resepi tulisan Dato Zakiah Hanum dan beberapa buku lain yang saya tak ingat lagi tajuk dan penulisnya. Alhamdulillah....usaha saya tu tidak terperam menjadi wadi atau pekasam...hehe. Bila dah berumahtangga ni, berguna juga apa yang saya kumpulkan dulu...

Dalam resepi yang banyak-banyak tu, kali ni saya decide nak masak sotong masak hitam. Jangan takut, takde yang hitam legam dalam resepi ni. Entah la kenapa dia namakan masak hitam...kuah dia agak gelap, tapi takde le hitam sangat. Kada hirang pun...

Kalau ada yang berminat nak mencuba, ini resepinya.

Bahan-bahan:
600g sotong, dibuang kulit dan tulang tengah
Satu inci halia
Satu inci kunyit hidup
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Satu labu bawang besar - hiris bulat
Sebiji cili merah dan cili hijau - potong serong
Satu camca kecil garam

Cara memasaknya:
1. Perap sotong dengan garam selama 15 minit. Sotong boleh dibiarkan seekor-seekor atau dipotong ikut suka.
2. Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih.
3. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing sedikit.
4. Kemudian masukkan sotong dan digaul rata. Apabila sotong sudah separuh masak, masukkan bawang besar dan cili yang telah dipotong.
5. Kacau sampai sotong masak. Dah siap...

 Sampai di sini dulu ye. Tunggukan entry yang lain pula ok. Salam ceria...


Saturday, 14 April 2012

Daging Masak Kicap Pedas

***Tanggal 14 April 2012; Banda, Aceh gempa lagi....

Salam untuk semua...

Rabu lepas (11 April) sekali lagi Banda, Aceh dilanda gempa bumi yang agak dashyat macam yang pernah berlaku pada tahun 2004. Alhamdulillah, tidak berlaku tsunami yang teruk macam tahun 2004 tu. Saya masih ingat pada tahun tu, masa saya menetap di Pulau Pinang, bunyi siren ambulan sentiasa kedengaran sebab ramai yang menjadi mangsa tsunami di Batu Feringgi. Alhamdulillah, kali ni takde kejadian tsunami yang teruk macam dulu tu. Gegaran kali ni turut dirasai di Kuala Kurau, kampung halaman saya tu. Tapi tak seteruk tahun 2004 tu. Tsunami masa tu telah meragut 2 nyawa di Kuala Sungai Burung, kawasan pinggir laut yang dekat dengan Kuala Kurau. Kejadian macam ni mengingatkan kita untuk lebih menghargai kehidupan, melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk dunia, malah untuk satu penghidupan yang abadi di sana. Semoga mereka yang ditimpa bencana ini redha dengan ujianNya, dan semoga sabar dan tabah menghadapi segala kesulitan dan kepayahan...Amien.

Kita tinggalkan dulu cerita gempa bumi tu. Kali ni saya nak share dengan u all resepi kegemaran anak lelaki saya, Daging Masak Kicap Pedas. Mudah je resepi daging ni. Kalau ada yang nak mencuba, ini resepinya.



Bahan-bahan:
1/2 kilo daging
4 biji bawang putih - tumbuk kasar
3 camca makan cili kisar
1 sudu makan lada hitam
Sedikit kicap masin dan kicap manis
Sekeping asam keping
Satu labu bawang besar (potong bulat atau separa bulat)
Sebiji cili merah dan cili hijau - dihiris

Cara memasaknya:
1. Bersihkan daging dan potong nipis dan panjang. 
2. Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih yang telah ditumbuk. Biarkan garing sedikit, kemudian masukkan cili kisar. Masak cili sampai pecah minyak. 
3. Masukkan daging yang dipotong, gaul rata. Biarkan daging masak perlahan-lahan, tunggu sampai airnya agak kering, kemudian masukkan serbuk lada hitam. Kacau rata. Masukkan
4. Kemudian masukkan kicap masin dan kicap manis, diikuti dengan bawang besar dan hirisan cili merah. Masukkan juga asam keping. Tidak perlu letak garam sebab kita dah guna kicap masin. Kalau tak ada kicap manis, tambahkan sedikit gula. Tak perlu banyak sebab bawang besar juga memaniskan kuah daging ni. Kalau tak nak pedas, kurangkan jumlah cili kisar dan serbuk lada hitam. Emm....dah siap. 

Bila masak daging ni, gerenti anak lelaki saya tu makan nasi. Memilih makan le anak jantan saya ni...hehe. Pening kepala mama ni nak pikior apa nak bagi kamu makan....huhu.

Sampai jumpa lagi ye. Terima kasih sebab sudi bertandang. Salam ceria untuk semua....

Sunday, 8 April 2012

Laksa Penang

****Tanggal 8 April 2012, renovation in progress

Salam untuk semua...

Alhamdulillah, sempat berblog walaupun agak sibuk dengan pelbagai perancangan untuk masa terdekat ni, terutamanya perancangan untuk rumah baru. Tadi sempat pegi kedai lampu untuk teropong dan belek-belek lampu yg nak dipakai kat rumah tu. Sekarang ni kepala tengah kelabu asap dek penangan cahaya-cahaya lampu itu. Jadinya ini masa untuk rehat dan duduk mengadap laptop....hehe.

Baru-baru ni saya ada la tahaga (jumpa) satu blog ni, Herti Kitchen Gallery, blogger dari Indonesia. Banyak masakan yang simple dan cepat untuk disiapkan boleh didapati daripada blog ni. Saya dah cuba salah satu daripada resepinya, Tiramisu Kukus Ekonomi. Tak pasti la pulak apa maksud ekonomi tu, yg pasti kuih ni simple dan cepat untuk disiapkan.


Sedap rasanya, dan yang paling saya suka sebab resepi ni guna nescafe untuk lapisan atas. Itu le ubat yg paling mujarab untuk sinus saya ni...hehe. Terima kasih ya, Bu Herti, enak kue ni....

Hidangan hujung minggu ni ialah feberet anak-anak saya, Laksa Penang. Yang ni pun feberet saya dan adik-beradik masa kami kecik-kecik dulu....dan emm...sampai sekarang pun...hehe. Kalau dulu umak tu mesti buat laksa banyak-banyak sebab kami semua suka makan laksa berulang-ulang. Itu cerita zaman bahari la. Kalau buat perangai macam tu bila dah besar panjang ni, nanti dapat la berkilo-kilo tayar percuma....hehe.


Kalau ada yg berminat nak cuba memasaknya, ini resepinya. Untuk laksa tu, boleh pilih laksa segera, tak perlu dimasak lagi. Saya lebih suka guna laksa kering. Laksa kering tu saya rendam dalam 4 atau 5 jam. Lepas tu masukkan laksa ke dalam air mendidih, masak sampai laksa menjadi lembut. Kemudian masukkan ke dalam penapis dan lalukan di bawah air paip (untuk buang kanji yg berlebihan).

Bahan-bahan untuk kuah (satu paket laksa):
600g (sekati) ikan sardin
Seikat (kecil) daun kesum
2 atau 3 kuntum bunga kantan
3 batang serai
15 atau 20 tangkai cili kering (dikisar halus)
6 biji bawang merah (kisar bersama cili kering)
Satu inci belacan (kisar bersama cili kering)
4 atau 5 keping asam keping (sederhana besar)
1 sudu makan lada hitam
Bahan perisa (optional)

Cara membuatnya:
1. Bersihkan ikan, kemudian rebus sehingga masak. Ambil air rebusan ikan untuk dimasukkan ke dalam kuah laksa. Asingkan isi daripada tulangnya. Blend halus isi ikan dengan air yang mencukupi, tuang ke dalam periuk. Blend tulang ikan dan tapiskan airnya ke dalam periuk. Ini akan menambahkan rasa enak kepada kuah tadi.
2. Masukkan campuran cili yang telah dikisar, daun kesum, bunga kantan, asam keping dan serai ke dalam periuk yang telah diisi dengan isi ikan yang dikisar. Masak di atas api sederhana.
3. Bila kuah sudah mendidih, masukkan lada hitam, garam dan bahan perisa.
4. Perlahankan api, biar kuah mendidih agak lama di atas api. Kalau kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.
5. Setelah kuah masak, bolehlah laksa dihidangkan bersama kuah dan bahan-bahan perhiasannya.

Bahan-bahan perhiasan:
Timun
Daun salad atau daun selom
Bawang besar
Cili merah
Cili padi
Bunga kantan

Racik halus semua bahan perhiasan, taburkan di atas laksa. Boleh juga ditambah daun pudina, nanas dan telur rebus, ikut selera masing-masing.

Masa tengah masak kuah tu, anak lelaki saya asyik-asyik menjenguk dapur dan sibuk bertanya, laksa dah siap ke belum...huhu. Saya kecik-kecik dulu pun camtu jugak...hehe. Kemana tumpahnya kuah....err tolong sambung...kalau tidak ke nasi kot...hehe. Sabarlah, nak. Kejap lagi masak la tuu...(berlaku setiap kali masak laksa).

Sampai disini dulu ye. Sehingga bertemu lagi.


Friday, 6 April 2012

Kembung Kukus Asam Jawa

****Tanggal 7 April 2012, menghitung hari untuk pindah rumah baru

Salam untuk semua...


Dalam entry kali ni, saya nak bercerita tentang pokok-pokok yang ada kat sekeliling rumah saya ni. Semalam cerita pasal pokok, arini pokok lagi...nak buat macam mana, memang saya ni minat berkebun...hehe. Kat atas ni gambar pokok-pokok yang saya tanam di atas tanah sekangkang kera kat belakang rumah. Ada pokok kantan yang selalu saya guna untuk buat laksa, daun pandan untuk buat kuih-muih, lengkuas yang saya guna untuk buat rendang dan pokok-pokok kecil yang baru saya semai. Semua pokok-pokok besar ni saya akan tebang dan korek bila saya nak pindah rumah nanti. Pokok yang kecik-kecik tu saya akan bawa dan tanam di taman herba rumah baru, insyaAllah.

Emm...ralit bercerita pasal pokok-pokok ni. Ntah-ntah ada yang menguap baca entry kali ni...hehe. Kali ni saya nak share satu resepi yang diajar oleh umak (emak) saya, Kembung Kukus Asam Jawa. Banyak resepi ikan sebab memang saya gemar sangat makan ikan...hehe.


Senang je nak ma'ulah ikan kukus ni. Bersihkan ikan kembung, masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk kukusan. Taburkan bawang besar yang dihiris memanjang, cili padi atau cili merah yang dipotong kecil-kecil dan air asam jawa dan garam secukup rasa. Kukus sampai ikan masak. Dah boleh dihidangkan, sedap makan panas-panas.

Terima kasih sebab sudi berkunjung. Sampai jumpa lagi. Salam ceria berpanjangan...




Thursday, 5 April 2012

Ikan Siakap Kukus

****Tanggal 5 April 2012, menanti buah yang tidak gugur...

Salam untuk semua...

Semacam je headline kat atas tu kan...hehe. Inilah kisahnya...

 Berbuah juga limau purut nih. Lawas sudah menunggu. Ngini hanyar babuah...hehe...(lama dah tunggu, baru sekarang ada buahnya). Alhamdulillah, walaupun pokoknya masih kecil (sebab tanam dalam pasu je...) dah banyak kali saya guna daunnya untuk masak hidangan yang ada dalam blog saya ni. Semenjak dah mula berbuah ni, bercambah-cambah pulak bunganya. Alhamdulillah...penantian selama lebih 3 tahun dah membuahkan hasil. Boleh la saya promote bajanya pula lepas ni...hehe. Namanya "baja batu"...huh...tak pecaya? Iye...memang rupanya macam batu...hehe. Kalau tak pecaya, nanti saya promote...(sempat lagi buat iklan tuh...hehe)

bunga limau purut yang baru berputik

Bila cerita pasal limau purut ni, tetiba je teringat tomyam putih yang jiran Siam saya ajar dulu. Takpe, kita buat lain kali dan saya akan selitkan dalam entry yang lain pulak ok....Kali ni nak share dengan u all lauk hujung minggu, Ikan Siakap Kukus. Sekali-sekala nak juga kurangkan minyak dan mencari kelainan dalam masakan. Balik-balik itu juga, boring juga kan.

Dah lama tak makan macam ni, macam sedap la pulak. Tapi hubby kurang gemar, dia kata sebab tak biasa sangat makan ikan kukus macam ni. Emm...masak kari dan sambal je memanjang, tak baik untuk kesihatan u...takpe dear hubby...take your time...(misi memaksa hubby makan masakan bini dia ni...hehe).

Panjang pulak saya membebel...kikiki. Ok kepada sesapa yang suka sangat makan steamed fish atau baru nak mencuba masak cara kukus, ini resepinya. Mudah sangat, saya amik daripada laman MyResepi.

Bahan-bahan:
Seekor ikan siakap
Seulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk

5 batang serai
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia
2 tangkai daun bawang
Sebiji bunga kantan
(hiris bahan di atas)

1 labu bawang jeruk - potong 4
2-3 tangkai daun saderi
5 biji limau kasturi - ambil airnya
1 camca teh tepung jagung
garam dan gula

Tambahan: 1 camca besar minyak masak
                 2-3 biji cili padi
                 2 helai daun limau purut

Cara memasaknya:
1. Bersihkan ikan (saya guna air limau) dan kelar. Lumurkan dengan bahan tumbuk. Masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus.
2. Masukkan semua bahan yang dihiris dan bahan-bahan yang lain.
3. Jika nak pedas, cili padi boleh dipotong.
4. Kukus sampai masak.

Kalau bahan tak cukup, skip je atau gantikan dengan bahan lain contohnya tomato. Ikan kukus ni sedap makan panas-panas.

Sampai di sini dulu ye. Terima kasih sebab sudi singgah. Nanti datang lagi ye. Salam ceria untuk semua...





Monday, 2 April 2012

Kerabu Ikan Kembung

***Tanggal 2 April 2012, kunjungan si kecil & Puding Koktel Buah-buahan

Salam utk semua.

Minggu lepas saya ada menerima kunjungan daripada si comel, Irham Rifqi. Bukan main keletah lagi budak kecik tu. Dah makin bijak sekarang ye, Irham. Semoga menjadi anak yg soleh dan taat kepada ibu bapa ye, Irham.

Ayah si Irham ni pulak rupa-rupanya dok mengidam nak makan puding fruit cocktails yg saya pernah suatu masa dahulu....huhu...dah lama la tu....sampai dah ada orang mengidam...hehe. Jadi, kakak yg baik hati ini tidak menghampakan permintaan adiknya itu....hihi...

 Ini la dia puding fruit cocktails tu. Yummylicious...hehe. Untuk kalori dan lemak tersembunyi tu, kita pejam mata jelah...hehe. Sekali-sekala...takpe kan. Resepinya saya amik daripada fotopage Mak Lang (suatu masa dahulu). Kepada sesiapa yg nak mencuba, kat bawah ni resepinya.


Kastard: 1 cawan tepung kastard, 5 cawan air dan satu sudu gula.
Campurkan semua bahan, masak atas api sederhana sampai pekat dan berkilat. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Sejukkan.

Kuah: 
1 tin susu cair
1 tin besar mixed fruit cocktails
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 camca teh esen vanila

Kacau bahan-bahan di atas api perlahan sampai gula hancur. Sejukkan. Satukan kastard dan kuahnya, seelok-eloknya dimasukkan ke dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Minggu lepas ada juga saya buat kerabu ikan kembung, resepi yg jiran Siam saya bagi. Banyak resepi yg saya dapat daripada Anuc ni. Beruntung juga berjiran dengan orang Siam ni...hehe. 

Senang je nak buat kerabu ikan ni...nyaman me'ulah....tapi amik masa sikit untuk perisi (asingkan isi dan tulang) ikan tu. Lepas perisi ikan, tumbuk isi ikan halus sedikit. Pastu campur ngan serai yg di racik halus dan cili padi yg dipotong kecil. Nak extra pedas, letak la cili padi banyak-banyak....biar berasap sampai ke telinga. Seelok-eloknya campurkan ikan yg ditumbuk dengan serai yg diracik dan perah sedikit air limau nipis, kacau sebati. Kemudian masukkan cili padi dan di kacau ala kadar sahaja. Cubalah...sedap.

Sampai jumpa lagi. Terima kasih utk yg sudi berkunjung. Salam sayang utk semua.