Thursday, 22 September 2016

Gangan Asam Daging Banjar

Salam untuk semua


Apa habar kulaan? Harap semuanya sihat. Arini ulun nak share resepi Gangan Asam Daging Banjar. Ada daging labihanan raya haji aritu. Teringat pulak nak cuba resepi ni. Resepi urang banjar Kalimantan Selatan. Sedap sangat....yummy.....

Ayuha kita masak....






Gangan Asam Daging Banjar

Bahan-bahan:

500g daging lembu (berlemak sedikit atau tetel)
1 1/2 liter air
5 batang kacang panjang atau kacang buncis - potong pendek2
2 cm lengkuas, diketuk atau dihiris nipis
1 batang serai, diketuk
3 sudu makan air asam
5 biji cili hijau (tidak dipotong)
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:

2 biji cili merah
5 ulas bawang merah
2 cm kunyit
Sedikit belacan yg telah dibakar

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan air sampai mendidih. Masukkan daging dan rebus sampai empuk dengan api yg sederhana (buang lemak yg timbul dipermukaan).
2. Angkat daging dan potong kecil2 atau potong dadu. Masukkan kembali ke dalam periuk.
3. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga naik bau dan sebati.
4. Masukkan tumisan bahan kisar ke dalam periuk daging. Masukkan juga lengkuas yg diketuk atau dihiris kasar.
5. Masukkan air asam dan garam secukupnya. Jika suka boleh tambah gula.
6. Masukkan kacang buncis atau kacang panjang dan cili hijau yg tidak dipotong.
7. Masak sampai sayuran lembut kemudian tutup api.
8. Hidangkan semasa panas.


Sampai di sini dulu ok. Selamat mencuba!!















Wednesday, 14 September 2016

Masak Habang

Salam untuk semua....



Salam Aidil Adha untuk semua kulaan. Semua masih dalam mood raya. Beruntung kita tahun ni sebab cuti raya bersambung dengan cuti Hari Malaysia. Mesti banyak kulaan yang balik kampung. Apa juadah urang banjar untuk raya tahun ni?

Arini ulun nak kongsi resepi Ayam dan Telur Masak Habang? Resepi ni ulun amik daripada laman kulaan Kalimantan Selatan. Jom tengok resepinya...




Masak Habang (Ayam dan telur)

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung - goreng separa masak
5 biji telur itik - di rebus
10 tangkai cili kering* (rebus atau rendam dalam air panas)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 camca teh biji ketumbar - goreng tanpa minyak*
1/2 biji buah pala*
Sedikit gula merah
500ml air
Garam dan gula secukupnya

 Bahan bertanda * dikisar halus

Bahan tumis:

1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
4 biji buah pelaga

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis, kemudian masukkan bahan kisar. Masak sampai wangi.
2. Masukkan air dan gaul sebati. Selepas mendidih masukkan ayam dan masak sekejap.
3. Masukkan garam, gula (jika suka) dan gula merah. Ulun tak masukkan gula putih. Masak sampai kuah pekat. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Ulun guna ayam bandar (hehe...) dan telur ayam. Derhaka resepi namanya...macam tak biasa buat kan......insyaaAllah, jadi juga masak habang. Takpe, kita la chef kat dapur kita...hihi...kita tentukan nak letak itu, nak letak ini, nak guna itu, nak guna ini....kan....


Ok...selamat hari raya untuk semua. Selamat bercuti....




Monday, 12 September 2016

Salam Aidil Adha September 2016



Salam Aidil Adha daripada ulun untuk pengunjung blog ulun ni. Semoga ibadah kita diterima dan diberi ganjaran olehNya.