Friday 19 September 2014

Diet protein

Salam untuk semua...

Pernah ke u all dengar org Banjar kata "urangnya lamak...". Lamak di sini bermaksud gemuk, terlebih berat badan, berisi, terlebih isi...(hehe), mungkin juga obese dan perkataan yg sewaktu dengannya. Err...'mak' dlm perkataan tu disebut macam kita sebut perkataan 'mug'... klu betul sebutannya, confirm boleh jadi org Banjar ;-)...

Saja timbulkan isu lamak ni sebab encik hubby tengah on diet. Nak kurangkan berat badan yg dah terlebih...dah masuk dalam kategori yg disebutkan di atas...hehe. Doktor rekomen diet minimakan karbo, lebihkan protein bersama sedikit sayur dan buah-buahan.... Hai...mencabar gak tu. Encik hubby ni asal dari Penang. Dah biasa sangat makan nasi, kuah kari, roti canai, dan macam2 makanan yg tinggi dengan karbo dan lemak...hehe. Terpaksa la ye, encik hubby. Untuk kesihatan... insyaAllah...





Inilah sebahagian daripada bahan-bahan yg ada dalam menu diet peringkat pertama tu. Ada minyak zaitun, salad, oat, sayur dan buah. Alhamdulillah, encik hubby boleh ikut diet macam ni. Kena belajar makan salad omputeh...hehe...




 Inilah dia rupa salad telur yg dicampur dengan cuka balsamic. Dressing ni saya dapat drpd kawan saya, orang Jerman. Rasa dia ok la.... Saya rasa saya lebih sukakan mayonis atau thousand island....hehe....

Jom kita tengok camno nak buat dressing cuka balsamic ni....



Balsamic Vinaigrette

(Menghasilkan 1 cawan)
3/4 cawan minyak zaitun (extra virgin)
1/4 cawan cuka balsamic
Garam
Lada hitam
Bawang putih (dicincang)
Optional: Gula perang atau madu, serbuk oregano, bawang merah dicincang.

Campurkan semua bahan dalam mangkuk, perasakan garamnya dan dah siap... boleh gunakan sikit2, campurkan dalam salad. Baki dressing boleh disimpan di dalam peti ais. Untuk encik hubby, saya campurkan salad dengan putih telur yg telah direbus atau sosej yg telah dikukus.

Selamat diet ye, encik hubby.


Ok u all....nanti datang jenguk2 lagi blog ku ini. Sampai jumpa lagi....




Quiche ayam

Salam untuk semua...

Tersebut la alkisah kertas UPSR kena repeat sebab soalan bocor. Hai....kalau dah masuk dalam whatsapp, itu namanya bocor secara besar-besaran :-D Yang tensionnya, anak teruna kecik ku itu amik upsr tahun ni. Ingat boleh fokus kat exam kafa, rupa2nya upsr tak settle lg...huhu. Sabar anakku...Allahu musta'an.... Segala yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah saya & hubby tak buat planning nak bawa anak2 jalan2 lepas exam sebab nak uruskan hal pindah rumah. Kalau tidak...habis hancuss semua perancangan...hehe. Semoga semua pihak yg terlibat, harap bersabar. Banyak pengajaran yg boleh kita ambil drpd kes kebocoran ni. Huh...tak mau komen panjang2 laa...hanya menunggu tarikh keramat (30 sept) utk anakku settlekan exam dia tuh...

Masa cuti sekolah ni ada la masa nak masak-masak. Dok intai2 buku chef hanieliza, masak guna pemanggang ajaib (magic pan). Alaa...kalau takde magic pan pun boleh masak....

Kali ni nk share ngan u all quiche ayam yg saya dh cuba. Sebut betul2 ye..."keesh ayam".... Masakan omputeh tapi sedap je kat tekak ku. Macam makan makaroni bakar gitu. Tapi saya rasa mungkin lebih macam rasa gratin kentang...apa2 sajalah labu...janji sedap dimakan...hehe. Bila dh siap, anak mogok tak mau makan sebab banyak sayur. Maklum la diaorang tuh kan anti sayur2an....huhu. Saya & hubby je yg pulun....

 

Meh kita tengok resepi quiche nih...

QUICHE AYAM

2 sudu makan majerin
1 biji bawang holland*
3 biji ubi kentang*
1 batang lobak merah*
    *potong dadu
1 dada ayam (potong kecil)
1/2 cawan air
1 sudu makan lada hitam (kisar kasar)
5 biji cendawan butang (potong nipis)

Bahan B:
1 tin kecil kacang pis
1 capsicum hijau - potong dadu
3 biji cili merah*
1 batang daun sup*
   *cincang
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 camb oregano (optional)
Keju utk ditabur

Cara membuatnya:
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sampai layu.
2. Masukkan isi ayam, ubi kentang, lobak merah, air dan garam. Masak sampai ayam masak. kalau guna magic pan, dalam 5 minit gitu.
3. Masukkan lada hitam & cendawan. Kacau rata. Tutup api.
4. Masukkan bahan B ke dalam sebuah bekas dan campurkan dengan ayam tadi. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang yg digris dengan majerin.
5. Bakar di dalam ketuhar dalam 45 minit. Kalau guna magic pan dalam 30 minit, api sederhana.
6. Sejukkan dahulu & boleh dihidangkan :-)

Saya tak pernah guna oregano. Capsicum pun jarang letak sebab dah banyak sayur. Pastu kat atas tu saya taburkan pizza topping brand Emborg. Keju cheddar pun boleh....

Selamat mencuba ye. Sampai jumpa lagi...tata titi tutu.....










Wednesday 17 September 2014

Maqlubah (nasi Arab)

As Salam semua...
Selamat bertemu lagi. Dah lama sangat tak update blog ni. Ramadhan & Syawal baru saja berlalu. Sibuk sebab anak nak amik upsr tahun ni. Exam memanjang... Alhamdulillah arini boleh update, cuti sempena hari kemerdekaan.

Kali ni nak share dengan u all resepi nasi maqlubah, resepi yg mudah daripada laman Asian Easy Chicken Recipe. Alhamdulillah...hubby & anak2 suka makan maqlubah. Mula-mula buat guna ayam, pastu guna kambing. Saya suka la bila masak guna ayam. Bila masak guna kambing tu, makan nasi jelah. Tak reti makan kambing....huhu...

Kalau nak makan maqlubah ni, kena terbalikkan atas talam atau dulang. Patutnya nasi ni terbentuk dengan cantik lepas diterbalikkan. Tapi maqlubah saya tu mcm koyak rabak je....hehe...

Jom kita tengok resepi maqlubah....

Proses menterbalikkan nasi :-)
Nasi maqlubah yang telah diterbalikkan ;-)


Nasi Maqlubah

Bahan-bahan 1:

1 kilo ayam - potong kecil
2 biji bawang besar (sederhana) - potong 4
1 cawan stok ayam
4 cawan air
1 biji tomato - didadu
1 camca teh garam/secukup rasa
1 camca teh rempah campuran (mixed spice)
1/2 camca teh serbuk kayu manis
1/4 camca teh lada hitam - ditumbuk
Secubit saffron, rendam dalam air panas atau 1/2 camca teh serbuk kunyit

Bahan 2:

2 cawan beras basmathi
2 biji terung (sederhana besar)
1 camca besar garam
2 biji tomato - potong 4
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (sederhana) - dihiris
1/2 cawan kekacang (optional)
Minyak untuk menggoreng terung

Cara memasaknya:
1. Masukkan ketulan ayam ke dalam periuk. Campurkan dengan bawang yg dipotong, tomato, garam, rempah campuran, serbuk kayu manis, stok ayam dan 4 cawan air. Saya tak guna stok ayam. Saya letak 5 cawan air dan setengah ketul kiub ayam.
2. Masak sampai ayam jadi lembut. Pastikan cecair yg tinggal dalam 3 cawan untuk memasak nasi. Asingkan ayam daripada air stok. Tapis air stok untuk memasak nasi nanti.
3. Cuci beras dan rendam selama 30 minit.Kemudian buang airnya dan ketepikan.
4. Potong terung dan goreng. Boleh juga dipanggang. saya guna magic pan yg disapukan sedikit minyak untuk masak terung. Kalau goreng macam biasa nanti nasi akan jadi terlalu berminyak.
5. Cairkan minyak sapi dan tumis bawang yg dihiris sampai wangi.
6. Tutup api dan susun ayam, terung , tomato dan sayuran lain (brokoli, kobis bunga atau lobak merah) ke dalam periuk. Masukkan beras dan ratakan ayam, terung dan tomato.
7. Tuang stok ayam daripada bahan 1.Masukkan garam. Masak sampai air kering.
8. Selepas masak, biarkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan besar.
9. Taburkan dengan kacang dan hidangkan panas. 

Sambal:
3 biji cili padi
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 biji tomato
Sedikit cuka
Garam dan guka secukupnya
(Kisar semua bahan dan sedia untuk dihidangkan)

Salad:
Timun, lobak merah, tomato - potong dadu
Bawang besar, cili hijau, cili merah - potong kecil
Sedikit minyak zaitun
(Campurkan semua bahan, kacau dan siap)

Kalau guna daging kambing, saya masak daging di dalam periuk tekanan bersama bahan-bahan lain selama 30 minit. Kiub ayam tu saya gantikan dengan kiub lembu. Harap2 lepas ni ada la kiub kambing plk...hehe

Resepi yg ringkas tapi sedap. Boleh buat sendiri kat umah. 

Selamat mencuba. Sampai jumpa lagi.